10 adab penyewa rumah

Saya nak berkongsi tips-tips peradaban sebagai seorang penyewa rumah. Sudah tentu ada perkara yang perlu diperhalusi dan tidak diambil mudah. Ini berdasarkan pengamatan saya ke atas beberapa penyewa sebelum ini.

1. Pastikan penyewaan didokumenkan dalam satu perjanjian. Perjanjian perlu mati setem di pejabat hasil.

2. Pastikan masuk ke rumah yang bersih.

3. Pastikan perkara asas keselamatan diadakan seperti grill, tombol, kunci dsb.

4. Pastikan bil utiliti seperti api dan air tidak ada sebarang jumlah tertunggak. Jika ada, minta tuan rumah selesaikan segera.

5. Pastikan tarikh pembayaran sewa dipersetujui. Istilah “hujung bulan” tak boleh dipakai. Pastikan ada tarikh yang tepat.

6. Pastikan sewa di bayar sebelum atau pada tarikh yang dipersetujui. Sekiranya ada kelewatan yang tak boleh elak, silalah beritahu Tuan Rumah berapa hari kelewatan akan berlaku.

7. Pastikan kelakuan dalam rumah sewa tidak menyalahi undang-undang atau tidak dipandang serong oleh masyarakat setempat. Contoh, tidak boleh tinggal dengan meraka yang bukan muhrim.

8. Pastikan anda tidak menggangu jiran-jiran dengan bunyi bising seperti bunyi kenderaan atau muzik yang terlalu kuat.

9. Jika anda membela binatang seperti kucing, pastikan bau yang terhasil tidak mengganggu jiran sebelah.

10. Jangan menebuk rumah atau memasang tambahan lain sesuka hati tanpa pengetahuan Tuan Rumah.

Jadilah penyewa yang baik dan sensitif dengan orang lain disekeliling anda.

Leave a Reply