10 channel paling best di Unifi PlayTV

Jika anda masih ragu-ragu untuk ubah dari TV berbayar seperti Astro ke Unifi PlayTV (dulunya dikenali sebagai HyppTV), mungkin masanya adalah sekarang. Tak dapat dinafikan sindrom kurang yakin dengan soalan-soalan seperti;

1. PlayTV ni seronok tak untuk ditonton?
2. Apa rancangan yang paling best?
3. Tak dapat nak tengok Maharaja Lawak la lepas ni!

Semua isu di atas adalah perkara biasa. Ubah sekarang, dan anda tidak akan menyesal. Pada pandangan saya, PlayTV mampu menyajikan hiburan yang baik untuk keluarga dengan saluran-saluran yang berkualiti. Tapi jika anda memang minat dengan Maharaja Lawak, saya tak dapat bantu!

Dengan PlayTV, kita tak akan ada masalah dengan cuaca. Seperti tagline PlayTV “rain or shine”, mereka tetap ON! Anda bayar beratus ringgit setiap bulan bukan nak tengok waktu cuaca panas je, kita nak sebarang masa.

Selain itu semua pelanggan PlayTV ada kemudahan playback untuk rancangan yang telah lepas. Kalau sibuk di pejabat dan terlepas drama Korea, malam nanti boleh ganti.

PlayTV juga kurang iklan berbanding Astro! Jangan bayar mahal-mahal untuk tengok komersial ya.

Dan yang agak penting.. PlayTV memberikan kemudahan aplikasi PlayTV untuk Android dan iOS. Boleh layan di mana-mana.

Sekarang jika anda nak tahu channel paling meletup di PlayTV, berikut saya sertakan 10 saluran terbaik:-

1. tvN HD
Menyajikan hiburan khas untuk penonton Asia dengan show, drama, music hits dan program gaya hidup terkini. Anda boleh expect untuk lihat banyak content dari Korea, Jepun dan Hong Kong.

2. HyppSensasi HD
Ini adalah buah hati pengarang jantung penonton Melayu. Drama tangkap nagnis, cintan-cintun dan live show yang memang menjadi makanan kepada masyarakat kita.

3. tvN Movies HD
Wow ini adalah saluran untuk penggemar movie dari Korea. 24 jam sehari, layan movie saja.

4. HyppSports 3 HD
Ini adalah saluran sukan untuk Liga Malaysia, Bundesliga, UEFA dan sukan America. Kaki bola boleh layan di Android atau iOS di mana-mana saja.

5. Blue Ant Extreme HD
Ini pula saluran dengan show terkini seperti Hawaii Five-O dan NCIS: Los Angeles. Geng-geng detektif minat ni.

6. Nat Geo People HD
Ini untuk penggemar makanan dan tempat pelancongan. Bukan saja di Malaysia tapi seluruh dunia.

7. Salam HD
Saluran berbentuk keagamaan. Bukan ceramah memanjang je.. drama-daram yang disajukan pun agak baik dan memberi keinsafan.

8. Boomerang HD
Ini untuk anak-anak. Layan kartun. Nak English boleh, Melayu (alih suara) pun ada.

9. HyppInspirasi HD
Ini saluran untuk orang muda geng Indi dan Hipster. Saya tak layan sangat sebab dah tua.

10. Travel Channel HD
Ini satu lagi saluran untuk kaki berjalan. Macam-macam tempat dia cover.

Jadi tak perlu nak ragu-ragu lagi. Jangan membazir bayar mahal untuk tidur waktu hujan dan tengok iklan berulang-ulang. Saya dah lama potong Astro.

Caruman TAKAFUL serendah RM15, manfaat sehingga RM2 juta. Promosi hujung tahung, ending soon!
Wasap SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *