10 janji Pakatan harapan (PH) dalam 100 hari pentadbiran

Sempena pembentukan kerajaan baru di bawah naungan PH, kita semua sebagai rakyat harus memberi ruang untuk PH membuktikan janji-janji yang telah dikatakan sebelum ini.

1. Menghapuskan GST dan mengambil langkah mengurangkan kos sara hidup.

2. Perkenal semula subsidi minyak bersasar bagi menstabilkan semula harga petrol.

3. Menghapuskan hutang peneroka Felda.

4. Memperkenalkan KWSP untuk suri rumah.

5. Sama rata dan tingkatkan gaji minima seluruh negara.

6. Mengurangkan beban PTPTN. Melaksanakan penangguhan pembayaran individu berpendapatan kurang RM4,000 dan menghapuskan dasar senarai hitam.

7. Menyelesaikan skandal utama. Membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat skandal 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji.

8. Menghormati hak Sabah dan Sarawak. Mewujudkan jawatankuasa khas bagi mempercepatkan perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963.

9. Skim Peduli Sihat, mewujudkan dana sehingga RM500 untuk golongan B40 untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta.

10. Semak semula projek mega. Wujudkan semakan semula projek yang diberikan kepada negara asing.

Rujukan https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/41552/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *