5 faedah derma darah

Kebetulan terjumpa kaunter derma darah yang dikendalikan oleh pihak Hospital Temerloh di TMG IM16. Oleh kerana dah lama nak derma tapi tak berkesempatan, digagahkan diri juga dalam bulan puasa ni untuk menderma.

Beberapa faedah ketara derma darah:-

1. Mengelakkan penyakit hemochromatosis, iaitu penyakit yang disebabkan oleh lebihan zat besi.

2. Mengurangkan risiko cancer. Apabila kandungan besi dikurangkan ke tahap optimum, peratusan untuk mendapat cancer semakin kecil.

3. Menyihatkan hati dan buah pinggang. Zat besi jika berlebihan, tidak diserap oleh badan kecuali berkumpul di hati dan buah pinggang. Ini akan menaikkan risiko kegagalan organ berkenaan.

4. Menurunkan berat badan.

5. Merangsang penghasilan darah baru dan meningkatkan tahap kesihatan. Apa jadi pada enjin yang digantikan minyak hitam, tentu lebih ‘ummph’!

Sempat berborak dengan Cik Adik misi, beberapa fakta menarik:-

1. Darah yag didermakan mempunyai tarikh luput sekitar 40 hari.
2. Biasanya darah yang didermakan akan habis digunakan oleh pihak hospital.
3. 6 hari diperlukan untuk recover dari pendermaan ini.

Harap-harap boleh jadi regular.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *