Ada apa dengan mobile@unifi versi baru?

Sekitar January 2018 TM telah mula menawarkan mobile Unifi #bebas iaitu perkhidmatan mudah alih prepaid. Perkhidmatan ini adalah penjenamaan semula Webe yang telah dilancarkan tidak lama sebelum itu. Webe ditawarkan pada kadar RM79 sebulan dengan faedah panggilan/SMS dan internet tanpa had. Ini merupakan pelan selular pertama yang ditawarkan seumpanya di Malaysia sebelum ia diikuti oleh pelan internet tanpa had dari UMobile telco lain.

Sehingga ke hari ini aplikasi mobile@unifi yang menjadi interaksi utama antara pengguna dan TM telah dipasang lebih dari sejuta kali.

Ciri utama mobile Unifi adalah seperti berikut:-

-prepaid dengan kredit yang tidak akan lupus
-topup kredit untuk buat panggilan/internet sebilang masa melalui aplikasi
-customize pelan sendiri untuk voice, SMS dan data
-8Gb LTE data pada kadar RM50

Maklumat terbaru yang diketahui berkenaan mobile Unifi, yang bakal memberikan kelebihan kepada mobile Unifi adalah:-

-pengenalan semula pelan data tanpa had
-cara pembayaran yang lebih fleksibel
-penghantaran kredit antara akaun

Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu? Nampaknya team mobile Unifi mendengar apa yang diperkatakan oleh para pelanggan dan cuba untuk memenangi mereka semula.

PERCUMA! Konsultasi TAKAFUL untuk:
- perlindungan hayat, kecacatan, penyakit kritikal atau kemalangan
- menabung untuk pendidikan anak dengan perlindungan sepanjang hayat
- medical card
Klik di sini dan dapatkan slot rundingan SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *