Apa ada pada Bitcoin?

Saya bukanlah seorang yang pakar tentang cryptocurrency, jadi tulisan ini jauh sama sekali dari mengulas tentang apa yang saya tidak ketahui. Akan tetapi saya sedang cuba belajar tentang apa itu Bitcoin dan mengapa ianya menjadi sebutan semua orang (kecuali mereka yang tidak tahu langsung tentang Bitcoin).

Seoalan-soalan yang kita selalu dengar;

Apa itu Bitcoin?
Pernah dengar tentang Bitcoin?
Siapa yang mencipta Bitcoin?
Dari mana asalnya Bitcoin?
Bagaimana mendapat untung dengan Bitcoin?

Val Gonzales dalam artikelnya bertajuk “What’s the big fuss about Bitcoin?” melalui majalah Speed Philippines berkata, Bitcoin adalah currency digital yang ditubuhkan pada 2009 oleh seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Satoshi Nakamoto. Nama itu dipercayai bukan nama sebenar dan beliau berasal dari Jepun.

Bitcoin sebagai satu cryptocurrency bergantung sepenuhnya kepada platform perkomputeran sebagai pemudahcara untuk sebarang transaksi dan juga kawalan sumber. Sejak tercetusnya fenomena Bitcoin, beberapa cyrptocurrency lain turut muncul seperti etherium (ETH) dan juga litecoin (LTC).

Bitcoin sepertimana wang biasa, perlu disimpan didalam wallet. Untuk memiliki Bitcoin anda memerlukan sekurang-kurangnya satu digital wallet. Digital wallet ini sebenarnya adalah satu alamat untuk anda menerima Bitcoin. Unit paling kecil dalam Bitcoin adalah satu satoshi bersamaan 1/100,000,000 BTC atau 0.00000001 BTC. RM1,000 bersamaan lebih kurang 0.02 BTC pada waktu ini.

Ada 2 cara bagaimana Bitcoin diperolehi, seperti mana wang harian kita. Dalam hari biasa, untuk mendapatkan RM maka kita bekerja, atau RM itu diberikan oleh seseorang. Dengan Bitcoin konsepnya lebih kurang sama, anda perlu dapatkan Bitcoin dari seseorang atau menjana (bekerja) Bitcoin sendiri yang dipanggil “Bitcoin mining”. Bitcoin mining hanyalah satu istilah, kerana apa yang terlibat dengan mining adalah sebenarnya anda memberikan resource perkomputeran milik anda untuk digunakan oleh network Bitcoin bagi membuat pengiraan yang kompleks. Maka resource yang digunakan tadi dibalas dengan jumlah Bitcoin yang bersesuaian.

Anda mungkin tertanya apakah jenis pengiraan kompleks yang diberikan? Ianya lebih kepada transaksi Bitcoin dalam bentuk crypted text yang perlu diselesaikan. Sesiapa yang menyelesaikan masalah ini mendapat imbuhan sewajarnya, maka itulah dinamakan Bitcoin mining. Mungkin saya patut buat kajian lebih tentang perkara mining ini, ehem.

Seterusnya Gonzales bercakap tentang nilai Bitcoin. Apakah yang menentukan nilai Btcoin? Dalam kadar wang biasa, ianya ditentukan oleh emas. Tetapi untuk Bitcoin, ia tidak bersandarkan apa-apa nilai. Maksudnya jika Bitcoin bersendirian, ianya tidak akan berjaya ditukar ke sebarang bentuk samada roti, air sirap, karipap mahupun putik kapas pengorek telinga selagi pihak penerima tidak memperakui bahawa Bitcoin itu bernilai bagi dirinya. Ianya berdiri atas dasar persepsi pemilik-pemilik sejumlah Bitcoin bahawa nilai itu akan terus naik atau turun. Sepertimana mana jumlah unit trust yang dipasarkan, Bitcoin juga dihadkan kepada 21 juta BTC sahaja dalam pasaran.

Dalam erti kata lain, jika anda tidak meyakini Bitcoin maka anda tidak akan mendapat habuan walau sedikitpun darinya, tetapi bagi mereka yang berkeyakinan dengan masa depan Bitcoin, maka pembelian hari ini sudah pasti diharapkan memberi pulangan lebih baik pada masa akan datang.

Sebelum anda terjun ke pasaran Bitcoin, lakukan sedikit kajian dan fahami risiko yang terlibat. Pat Regrinier dalam artikelnya yang dikeluarkan oleh Bloomberg Businessweek January 2018 menyebut terdapat pendedahan risiko pelabur-pelabur kecil berbanding “paus gergasi” yang memiliki sejumlah besar dana Bitcoin. Menurut beliau, seramai 1000 individu sekarang memiliki 40% jumlah Bitcoin dalam pasaran. Apakah yang menghalang paus-paus ini untuk berpakat melonjakkan harga Bitcoin dan kemudiannya secara tiba-tiba menjual kembali pemilikan mereka yang menyaksikan ramai ikan-ikan bilis akan merana oleh kerana kejutan kejatuhan harga.

Pepatah orang kampung saya “easy comes easy go” mungkin ada kebenarannya. Jika nilai Bitcoin boleh menokok beratus-beratus percent dalam hanya beberapa bulan, anda yang anda fikir boleh menghalang nilai itu untuk jatuh semula dalam kitaran masa yang mungkin lebih cepat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *