App. war – Unifi Mobile vs. Yoodo

Selepas beberapa minggu dilancarkan, sebagai pemerhati kita dapat lihat syarikat penyedia selular seperti Mobile Unifi dan Yoodo saling ‘menyerang’ antara satu sama lain bagi merebut perhatian para pelanggan.

Ini merupakan sesuatu yang positive kerana pengguna akan disajikan dengan tawaran paling menarik di pasaran.

Dalam satu paparan screenshot, kelihatan Yoodo memerli Mobile Unifi kerana para pelanggan masih perlu que untuk dapatkan sim card (saya tak dapat elak dari terkenangkan sim card Yoodo yang saya pesan minggu lepas tetapi masih belum sampai ke hari ini).

Dari segi penerimaan pelanggan, sebagai contoh jumlah download aplikasi mobile boleh memberikan sedikit gambaran.

Setakat ini aplikasi Mobile Unifi telah dimuat turun sebanyak 100,000 kali.

Manakala Yoodo hanya menerima 1000 muat turun.

Secara kasar nampaknya pengguna lebih tertarik dengan tawaran Mobile Unifi, mungkin disebabkan strategi tawaran 5 sim yang setiap satu mempunyai data percuma sebanyak 20Gb.

Tapi siapakah yang dapat memberi jaminan penerimaan yang luar biasa ini dapat ditukarkan kepada jualan sebenar dalam bentuk RM? Kita tunggu dan lihat.

Caruman TAKAFUL serendah RM15, manfaat sehingga RM2 juta. Promosi hujung tahung, ending soon!
Wasap SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *