Menu Home

Astro b.yond + skybox

Ini peringkat percubaan, tak tahu jadi ke tidak.

Rumah saya dah ada Astro b.yond (2 decoder). 1 decoder sambung ke TV utama, 1 decoder lagi sambung ke TV di rumah sebelah (hotel a.k.a homestay yang diusahakan – promosi datanglah melancong ke Kuantan dan menginap di homestay kami).

Problem nya anak sulung saya sangat suka layan 613 cerita cartoon. Jadi ini lah lahirnya idea untuk split signal b.yond kepada 2 cable. 1 signal akan ke TV utama, 1 signal ke TV dalam bilik tidur.

Barang diperlukan:
1 unit coax splitter
1 unit skybox
1 x cccam account (check di Lelong, ramai yang offer)

Untuk cccam account, saya ambik trial dulu 1 bulan RM30. Bukan apa, selalunya puak-puak ni marketing saja lebih, tapi server lagging bukan main.

Untuk permulaan saya akan configure dulu skybox malam ni. Config file pun selamat saya terima dalam email.

Bersambung nanti…

28 May 2013:

Confirmed! Malam tadi saya dah cuba b.yond dish + skybox S12 boleh nampak gambar dengan baik. TAPI, semua channel HD tak dapat (scrambled). Tapi yang lain-lain bukan HD boleh ler… HBO, GC, AXN dan sebagainya.

Hari ni saya nak cari coax splitter dan nak cuba Astro PVR + Skybox S12 berjalan serentak.

Bersambung lagi nanti…

Coaxial splitter dah pun dapat, murah saja RM20. Nak yang lagi murah pun ada 3 way splitter jenama Gecen RM12 sahaja. F plug pun dah beli 5 biji (RM0.90/pc).

Tapi ada 2 teori yang saya baca dan dimaklumkan oleh member:

1. Sekiranya TV utama mainkan channel HD, TV yang ke dua tak boleh main channel lain dah.

2. Dua-dua TV boleh pasang waktu sama, tapi tiada satu pun yang boleh pasang HD.

Adakah perkara di atas benar?
Kita nantikan hasil eksperimen malam ini.

Bersambung…

1/6/2013 – konklusi

Dari eksperimen pada 28 Mei, di dapati teori ke dua BENAR. Setelah kabel Astro di split kepada 2, kedua-dua TV ada gambar, tapi hanya upaya main channel SD. TV pertama tak boleh main HD langsung.

Saya ada pilihan untuk teruskan dengan rancangan asal ini, tapi saya nak dapatkan solusi terbaik. Oleh kerana TV uatam tak dapat HD, saya ubah plan. Kebetulan LNB yang digunakan di rumah saya adalah multi-input LNB, ada 4 port semuanya. 3 telah di pakai (2 untuk b.yond, 1 lagi untuk second decoder). Saya hanya ada 1 extra port untuk Skybox, cukuplah tu. Dan tak perlu korbankan HD availability.

Jadi petang semalam saya dah minta rakan saya tolong sambungkan kabel yang telah siap saya pasang kepalanya. Dia cuma perlu pusing skru tu saja, sebab saya tak ada tangga yang panjang, terpaksa panggil dia. Alang-alang dah tebuk siling, saya tarik cable network sekali ke tempat sama. Kenapa tak pakai wifi? Ahah…sebab ini skybox model s12 yang tak support wifi.

Bila dah siap dan nak pasang ke TV, baru perasan rupanya skybox s12 tak ada RCA output, hanya ada HDMI. Oleh kerana TV ke-3 ini model klasik, ia tak ada HDMI input. Masak! Tanya tokey TV kat bandar, belum wujud lagi kabel yang mampu convert HDMI to RCA. Kalau adapun mesti pakai converter, harga RM1xx, baiklah aku beli skybox F5. So tadi dah beli pun. Habis eksperimen.

Nota: ini adalah perkongsian maklumat untuk tujuan pembelajaran sahaja. Penulis tidak bertanggungjawab kepada segala masalah yang timbul dari sebarang eksperimen anda sendiri. Gunakan perkhidmatan original.

Updated 26/7/2016:
Tuan/Puan yang berminat dengan Android Box bagi menggantikan Skybox/Openbox sila lihat di sini.

Categories: General

Basri MY

19 replies

  1. Salam Basri,
    Nak minta advise sikit boleh? Saya ada satu Astro byond decoder (built-in PVR) kat rumah tingkat bawah (living area), apa cara terbaik untuk sambung ke TV kedua di tingkat atas? Dah cuba surf, ada yg recommend wireless, ada yg recommend HDMI splitter/extender… Confuse…

    Kalau boleh minta nasihat/expertise dan recommend mcmana nak sambung alat2 tu… Sori kalau topic lari sikit.. Terima kasih tuan…

  2. As Salam ,nak tanyermacam ner cara nak pasang decoder kedua pada alamat rumah yang berlainan, sebb package multiroom ni hanya utk alamat rumah yang sama

  3. Tuan..coax splitter jenid apa yg sesuai utk output 1 astro beyond dan output 2 skybox f5s? Apa nama kedai dkt ECM yg dimksudkan? TQ

  4. Assalam.. saya skang pakai openbox kat tingkat bawah. Ingat nak pasang njoi kat tingkat ats tp pakai dish same… Boleh ke?

  5. Isye, cuba check perkara berikut:-

    1. F plug untuk kabel dari input #1 dan input #2 adakah di pasang dengan baik?

    2. Jenis splitter yang digunakan adakah rekomended oleh sesiapa yang dah guna sebelum ni? Kalau jenis baru, takut power yang datang dari LNB tak lepas, sebab beyond ni power dia perlu kuat dari yang standard.

  6. assalamualaikum,,,,
    saya cuba nak pasang astro beyond + openbox x5 dengan satu dish.
    saya dah sambung coaxial splitter .input:dari dish dan output 1:astro decoder dan output2:openbox.
    masalahnya ASTRO tak ada signal.
    tolong komen,apa yang tak kena kat sini.

  7. As- salam,
    kalau pakai coxial spitter mungkin freq dia masih x dapat dibaca oleh decorder,

    nak tanya, skybox s12 yang ada nak tolak x? kawan nak,,

  8. assalamualaikum,,,,
    saya cuba nak pasang astro decoder lama + skybox F5 dengan satu dish.
    saya dah sambung coaxial splitter .input:dari dish dan output 1:astro decoder dan output2:skybox.
    masalahnya astro tak ada signal.
    tolong komen,apa yang tak kena kat sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *