Bank Muamalat & Prudential BSN

Sebagai seorang pengguna/pelanggan, saya selalu membandingkan customer service yang saya terima dari pelbagai sektor swasta mahupun kerajaan. Inilah adalah feedback yang jujur tanpa sebarang prejudis.

Bank Muamalat vs. RHB

Dalam kes pinjaman kereta, saya membuat permohonan kepada Bank Muamalat terlebih dahulu berdasarkan kadar keuntungan rendah yang ditawarkan iaitu 3.1%. Tetapi Bank Muamalat mengambil masa selama 1 bulan sebelum dapat memaklumkan kepada saya bahawa loan berkenaan telah diluluskan. Ia juga mengambil masa yang lama sebelum Letter of Undertaking (LoU) dikeluarkan. Sementara LoU dikeluarkan, saya telah memohon loan yang sama dari RHB. Dalam masa beberapa hari sahaja, loan berkenaan diluluskan dan LoU dikeluarkan dalam hari yang sama. Di sini terbukti benar bahawa murah sahaja tidak bermakna ia dapat memenangi hati pelanggan. Murah perlu disertai dengan layanan pelanggan yang cekap.

Prudential BSN vs. Takaful Ikhlas

Sebenarnya ramai kenalan yang selalu mengingatkan kepada saya untuk memberi keutamaan kepada syarikat tempatan berbanding syarikat luar. Tetapi mungkin kerana kurangnya sensitiviti, saya masih memilih syarikat dari luar negara (atau associates) untuk insuran anak perempuan saya. Tetapi ianya amat mendukacitakan, setelah saya membayar premium lumpsum setahun, dan setelah menerima polisi selama 10 bulan, tiba-tiba saya telah dimaklumkan polisi berkenaan telah dibatalkan. Tidak ada notis rasmi, sekadar panggilan telefon dari agen. Tuntutan elaun hospital anak saya juga telah dinafikan dengan alasan penyakit bronchitis tidak diberikan perlindungan (itulah alasan yang diberikan agen). Apabila diselidiki rupanya syarikat insuran membatalkan polisi anak saya kerana terdapat maklumat yang tidak didedahkan. Salah siapa? Bukan saya yang mahu menipu, tetapi salahkanlah agen anda yang hanya mencari sales tetapi tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan. Saya menerima nasihat dari agen. Jika salah nasihat, inilah akibatnya. Yang menjadi mangsa adalah kami golongan pengguna. Berdasarkan pengalaman baik isteri saya yang mengambil polisi dari Takaful Ikhlas, saya memutuskan untuk melanggan perkhidmatan dari Takaful Ikhlas. Setakat ini semuanya masih OK. Agen baru juga lebih peramah dan rajin berjumpa client dari agen yang lama dulu.

3 Comments

  • Yusri

    June 6, 2010

    byk faktor yg terlibat…susah nak plan macam ni ..

  • fiz rahman

    October 7, 2011

    jadi utk kereta better RHB? utk insurance Takaful ikhlas lg better kan.. tq bro..

  • Basri MY

    October 9, 2011

    Fiz, ya dalam keadaan ni. Tapi ini hanya berdasarkan pengalaman setempat. Mungkin di tempat lain, lain pula ceritanya.

Leave a Reply