BC/AC, BCE/CE dan sejarah Islam

Saya cuba memahami tahun-tahun penting sejarah Islam, dalam latar masa berdasarkan kalendar Gregorian. Sejarah masa itu sendiri adalah satu perkara yang terlalu banyak untuk dicernakan. Tetapi saya hanya mengambil beberapa asas untuk dihadam sebagai pengetahuan peribadi.

BC yang dimaksudkan adalah Before Christ, iaitu tahun-tahun sebelum kelahiran Jesus Christ. Manakala AC adalah Anno Domini yang dimaksudkan dengan “year of our Lord”. Dionysius Exiguus memperkenalkan pengiraan tahun berdasarkan tahun lahir Jesus pada AD 525.

Seterusnya BCE dan CE digunakan bagi menggantikan istilah BC dan AC yang jelas untuk penganut Christian. Untuk lebih neutral istilah BCE iaitu “before common era” dan CE iaitu “common era” digunakan.

Jadi bila dikatakan AD 2016 ianya merujuk kepada 2016 CE.

Tahun-tahun penting sejarah Islam seperti yang saya temui di sini, adalah seperti berikut:

570 CE – Kelahiran Nabi Muhammad
610 CE – Nabi Muhammad menerima wahyu pertama
622 CE – Peristiwa Hijrah dan bermula kalendar Hijrah Islam
632 CE – Kewafatan Nabi Muhammad
650 CE – Khalifah Uthman menulis Al-Quran

(Visited 1 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like