Beramal & Berdosa

Sekarang bulan Ramadhan. Jika beramal, balasan yang diberikan Allah berlipat kali ganda berbanding dalam bulan-bulan lain.

Malam semalam saya ke bank untuk ‘mencocok’ duit yang tak seberapa di ATM. Kebetulan di situ ada 3 buah bank yang bear-besar belaka. Di sebelah bank tempat tujuan saya itu ada masjid negeri yang juga sangat besar.

Kebetulan waktu solat tarawih sedang berlangsung. Begitu ramai muslimin/muslimat yag hadir ke masjid untuk melakukan solat tarawih. Kereta bersusun-susun di kiri kanan jalan. Di jalan utama yang agak besar, kereta disusun bertindih (double-parking). Mungkin tidak menjadi masalah sebab yang ditindih pun pemandunya ada di masjid sama-sama menunaikan solat.

Di jalan yang kecil menju ke bank, kebetulan di selekoh U, kereta bersusun juga di kiri dan kanan. Sungguh hebat. Tetapi amat malang kerana pemandunya mungkin terlepas pandang, atau mungkin juga sengaja – menyebabkan kesukaran kepada pemandu lain yang ingin lalu-lalang dan terpaksa bersempit di selekoh U itu. Oleh kerana selekoh U berada betul-betul di hadapan pintu masjid tidak semestinya ia boleh menjadi tempat letak kereta.

Niat untuk beramal sangat bagus, tetapi mungkin lebih bagus jika kereta kita tidak menjadi halangan bagi orang lain. Sedangkan kita di ajar untuk mengalihkan duri atau batu dari laluan orang ramai, inikan pula meletak kereta… Insyallah.

Leave a Reply