Cadangan PDRM ada baiknya..

Cadangan PDRM untuk tidak membenarkan penggunaan motosikal di kawasan tertentu memang ada baiknya. Mungkin cadangan ini terhasil dari pemerhatian polis tentang kes-kes ragut yang berlaku banyak melibatkan motosikal di kawasan-kawasan tertentu.

Akan tetapi sudah tentu cadangan ini nampak ‘kurang bernas’ kepada mereka yang menunggang motosikal untuk kegiatan harian. Kena jalan kaki? Mungkin seseorang perlu hadir dengan idea lain bagaimana mengatasi masalah penunggang motosikal pula.

Bagi saya sekiranya tidak ada tolak ansur dalam hal ini, masalah sebenar yang dihadapi mungkin tidak boleh diatasi. Ramai yang marah dan geram dengan kes ragut yang semakin meningkat, tetapi apabila perlu ada sedikit pengorbanan dari mereka terus saja menyepi membisu. Bukan semua akan jadi kawasan larangan motosikal, tetapi hanya satu dua tempat sahaja. Seeloknya cadangan ini disokong. Mungkinkah perlu ada insentif bagi penunggang motosikal di kawasan terbabit untuk tidak menunggang di situ (dalam bentuk rebet cukai dsb nya)?

Nampaknya kita hanya pandai cakap (atau tulis!).

Leave a Reply