Cara hadkan internet pada anak-anak kecil

botak

Saya telah mendapat idea baru bagaimana nak pisahkan anak lelaki saya dari komputernya. Setakat yang saya amalkan beberapa hari ini, nampak sangat berkesan.

Beberapa kaedah saya gunakan sebelum ini:-

1. Browser khas untuk kana-kanak, tetapi ini menimbulkan pemberontakan 🙁 Trick ni hanya bertahan seketika.

2. Menyimpan komputer dalam stor, trick ini paling buruk dan tidak disyorkan. Saya terpaksa merampas komputer dari anak dan menghadap pemberontakan darinya. Umpama PBT merampas kedai goreng pisang dari peniaga tepi jalan. Kesian pun ada. Trick ini juga tak lama.

Tapi idea terbaru iaitu menghadkan waktu internet access melalui modem agak berkesan. Saya telah menjadualkan modem internet untuk memutuskan internet access bermula pukul 10.00 malam untuk PC yang digunakkannya, setiap hari. Untuk melakukannnya, anda hanya perlu cari Mac Address komputer yang disasarkan. Fungsi menhadkan internet access ini adal dalam modem standard yang dibekalkan oleh TM.

Ahah! Setakat ini dia cuma mengomel-ngomel tentang ‘kerosakan’ komputer tepat jam 10.00 setiap malam. Kalau dah ‘rosak’ tu, esok je lah main lagi, sekarang masuk tidur. Trick ini sangat menjadi buat masa sekarang.

Leave a Reply