Catatan ke Osaka 2018

Catatan lawatan ke Osaka ini lebih bersifat untuk memori sahaja, bukan sumber rujukan terbaik. Maklumlah tak pernah sampai ke Jepun, namun diberikan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini sekitar 30 April – 6 May 2018. Rombongan kami seramai 9 orang (6 dewasa, 3 anak-anak). Untuk itenari yang lebih baik, mungkin cara paling tepat adalah dengan membuat rujukan kepada travel guide atau komuniti pencinta Jepun yang ada.

Day 1

Kami dah booking dengan AirAsia sejak tahun lepas. Kos tiket agak berbaloi sekitar RM800 seorang (return). Fliht pada pukul 2pm, maka jangkaan sampai pada pukul 9.30pm waktu Jepun (waktu jepun 1 jam lebih cepat dari Malaysia, contohnya 9.30pm Jepun bermakna 8.30pm Malaysia). Di KLIA2 segalanya lancar sebab check-in telah dibuat awal melalui web, cuma datang dan buat baggage drop sahaja. Atas flight tak boleh lelap mata sebab kena tengok anak yang umur 4 tahun tengah lasak, suka bergerak ke sana sini.

Kami sampai seperti jadual dan berjumpa dengan travel guide yang telah dihubungi sebelum ini. Untuk lawatan pertama kali, sememangnya perlu bantuan travel guide. Dia yang yang bantu kami dapatkan kad ICOCA untuk urusan trains.

Setelah beberapa kali bertukar train (yang mana kalau tak ada travel guide & first time boleh jad amat sukar), kami tiba di penginapan pertama di sekitar stesen Nipponbashi. Penginapan ni saya book dari Agoda dan ianya merupakan sebuah apartment yang selesa untuk keluarga. Kedudukan Family Mart hanya di bawah apartment, sementara 7-Eleven hanya beberapa minit perjalanan.

Day 2

Suasana pagi memang awal di Osaka. Sekitar pukul 7am dah memang secerah-cerahnya dan kelihatan budak-budak ke sekolah dan mereka yang berpusu-pusu keluar kerja. Saya ambil peluang meneroka kawasan sekitar sementara yang lain masih bersiap dalam rumah. Rupanya tempat penginapan kami tak jauh sangat dari tempat tumpuan seperti Dotonbori dan juga Osaka Castle. Untuk bergerak sendirian tanpa budak-budak memang boleh berjalan kaki sahaja. Tapi kami datang berkeluarga maka jalan kaki bukanlah option terbaik.

Selesai bersiap, kami gerak ke lokasi pertama hari ini iaiti Umeda Sky Building. Di sini terletaknya menara tinjau berbentuk bulat yang dihubungkan antara dua bangunan. Ketinggian adalah 170 meter dan seluruh Osaka dapat dilihat dari sini termasuk Pulau Awaji. Tapi masa di sana saya tak perasan Pulau Awaji, yang saya nampak adalah bangunan yang ditebuk ditengahnya untuk laluan keretapi.

Selepas itu kami bergerak untuk makan tengahari di Cafe Bintang, sebuah restoran masakan halal Indonesia. Rasa ayam penyetnya memang marvellous dan ada juga menu-menu lain.

Selesai makan sekitar pukul 2pm, kami bergerak ke tempat yang paling happening iaitu Shinsaibashi-suji. Ia adalah tempat shopping yang dikatakan telah wujud sejak 400 tahun lepas. Salah satu outlet yang terletak disini adalah Uniqlo.

Harga di sini sebenarnya taklah murah tapi suasananya cukup meriah. Kalau tak nak shopping, ambil feel pun dah cukup. Kunjungan petang ini hanya untuk survey (kata isteri saya). Jadi kami sebenarnya berjalan dari Cafe Bintang, melalui Shinsaibashi-suji dan menuju ke sungai Dotonbori. Lokasi tepat adalah Ebisu Bridge di mana dibawah Ebisu bridge itu adalah Sungai Dotonbori yang mana gemar dikunjungi oleh pelancong. Dotonbori secara sejarahnya dikenali sebagi pusat teater, tetapi dalam era moden ia dikenali dengan pusat tumpuan pelancong berlatarbelakangkan lampu neon dan LED yang cantik. Waktu kami sampai ke sini petang, jadi susana meriah malamnya belum benar-benar nampak. Di sini terletaknya papan tanda Glico, iaitu Osaka running man yang terkenal itu sebagai ikon bandar Osaka.

Kami mengambil pakej Dotonbori Cruise. Tourist guide bercerita dalam bahasa Jepun, jadi saya cuma faham beberapa perkara saja seperti Glico.

Selesai di Dotonbori, kami bergerak ke Shinkanaoka kerana untuk tengok barang-barang bundle di Hard Off Sakai Shinkanaoka. Banyak barang second hand yang dijual dari t-shirt hingga ke TV, tapi mungkin tak menarik perhatian ayah mertua dan adik ipar saya. Saya sempat beli 1 bag galas Adidas dengan harga sekitar 1000 yen, lebih kurang RM36.

Selesai urusan di sini kami bergerak balik ke Nipponbashi station untuk berehat di apartment pertama. Saya cuba-cuba berjalan di sekitar tempat tinggal ini, dan akhirnya saya sampai semula ke Ebisu Bridge di Dotonbori. Sebenarnya nak mencari semula beg galas anak yang tercicir, rupanya ada tertinggal di outlet Skechers.

Day 3

Pagi ni saya ambil keputusan untuk joging dari tempat penginapan dari Nipponbashi ke Osaka Castle. Jaraknya tak berapa jauh, dalam sekitar 5km sahaja. Cuaca pagi yang segar dan saya sampai ke Osaka Castle tatkala tak ramai manusia lain lagi sampai ke situ. Ini hanya survey sebelum saya bawa anggota keluarga yang lain datang ke sini. Selesai beberapa minit, saya bergegas pulang ke Nipponbashi untuk program seterusnya.

Sampai ke tempat penginapan, cuaca agak mendung. Ada hujan sikit-sikit. Hari ni kami dah decide (memang dalam plan) untuk tidak ambil perkhidmatan tour guide. Nak cuba redah sendiri je. Jadi kami gerak ke Dotonbori. Dari Nipponbashi station, turun di Namba. Dari Namba, menapak ke Dotonbori. Di sini saya tak melepaskan peluang dengan papan tanda Glico Osaka running man. Inilah ikon Osaka.

Kamudian kami lunch di Ali’s Kitchen. Saya cuba beriani, memang sedap sungguh. Kambing yang dihidangkan memang lembut, aroma dan rasa memang terbaik. Wow, kalau boleh ulang memang saya akan cari Ali’s Kitchen lagi.

Selesai lunch, team rombongan masih mahu shopping. Hinggalah sekitar pukul 8pm kami ambil keputusan untuk pulang semula ke Nipponbashi. Malam ini oleh kerana penat maka saya tak lagi keluar. Terus berehat.

Day 4

Pagi ini kami perlu berpindah penginapan ke Kyoto. Terdapat selonggok pakaian kami yang masih belum kering, jadi tugas saya pagi ini mencari kedai dobi. Tak susah mana pun, dalam 2-3 minit mencari saya dah jumpa kedai cucian kering. Masukkan beberapa ratus yen dan ia pusing. Sementara menunggu, saya merayau-rayau di kawasan sekitar. Hari ini hari terakhir kami di Nipponbashi.

Waktu checkout di sini awal, sekitar 10am. Maka setelah selesai berkemas, kami bergegas ke stesen untuk perjalanan ke Shin-Imamiya. Tujuannya untuk tinggal beberapa barang yang tak perlu dibawa ke Kyoto. Terdapat kedai menyimpan bagasi dengan kadar 100-200 yen untuk satu bag sehari. Tapi awas waktu operasi mereka bukan 24 jam. Perlu timing untuk ambil semula barang pada waktu yang bersesuaian. Jam buka 6am, jam tutup 8pm.

Selepas itu dari Shin-Imamiya ke Osaka untuk bergerak ke Kyoto. Hari ni kami ada tour guide, jadi perjalanan tak susah mana. Yang saya ingat stesen paling akhir ialah Saga Torokko kerana kami nak ke Arashiyama Bamboo Groove. Ini katanya tempat tarikan terkenal di Kyoto di mana hutannya terdiri dari pohon buluh dengan pemandangan yang amat cantik.

Saya tak sempat habiskan tour di sini kerana perlu menjaga anak yang sedang tidur. Jadi stroller itu saya tolak perlahan-lahan dan cuma ambil angin saja. Para pelawat ramai yang amat, disebabkan pada waktu ini adalah waktu Golden Week iaitu hari cuti bagi penduduk Jepun. Saya sempat menyewa sebiji basikal tardisional pada kadar yang cukup murah 100 yen untuk 1 jam. Tapi itupun tak sempat saya habiskan kerana masa semakin suntuk kerana destinasi seterusnya untuk ke Romantic Train.

Sebelum pulang, kami seterusnya mencuba Romantic Train. Mengikut tour guide, pada waktu ini suasana tidak begitu cantik kerana semua pokok berwarna hijau. Pada waktu tertentu, ianya akan lebih bermakna bila kawasan berkenaan bertukar menjadi warna warni.

Setelah selesai lewat petang, maka kami bergerak ke tempat penginapan kedua. Penginapan ini saya tempah melalui Agoda namun ianya agak tidak menyenangkan kerana passcode yang diberikan dalam mesej selamat datang telah bertukar. Panggilan dibuat kepada host, tetapi tidak berjawab. Nasib kami agak baik kerana tour guide membantu untuk mendapatkan kunci dari dalam mailbox melalui jalan belakang. Jika tidak mungkin kami terpaksa checkin ke mana-mana hotel dalam keadaan terdesak. Kami ambil keputusan untuk membatalkan 1 malam lagi penginapan di sini oleh kerana masalah ini. Sehingga ke tarikh hari ini iaitu 20/5/2018, pihak Agoda masih belum belum meluluskan refund yang saya minta, sedangkan pada peringkat awal mereka membenarkannya.

Day 5

Saya mengambil angin pagi di sekitar tempat tinggal. Kawasan di sini agak terpencil, maka ianya tak sesibuk lokasi lain sebelum ini. Tak lama masa yang saya ambil, sekitar 1 jam sahaja. Ini mengenangkan kami akan bergerak ke Osaka semula. Plan sudah bertukar gara-gara tidak berpuashati dengan penginapan yang disewa di Kyoto.

Semasa ambil angin seorang diri nampak dalam map ada tempat sejarah dinamakan Tomb of Sakanoue no Tamuramaro, shogun kedua Jepun dan meninggal pada tahun 811.

Maka dari Kyoto kami bergerak semula ke Himeji untuk menikmati keindahan Himeji Castle. Sebelum bertolak dari Malaysia, ada kawan yang nasihatkan supaya banyak bersabar jika melancong ke Jepun dalam Golden Week. Dalam train saya tak nampak sangat crowded. Rupanya di Himeji Castle macam sardin.

Ini di padang sebelum masuk Himeji Castle.

Ini selepas keluar dari Himeji Castle. Amat padat on the may nak masuk castle. Sebelum masuk kena berkumpul dalam 1 batch dan bukak kasut masuk dalam plastik.

Kemudian gami gerak ke Port of Kobe untuk bersantai dan makan-makan. Kawasan ni ada kesan gempa bumi yang pernah berlaku sebelum ni.

Dari Kobe kami bergerak ke Osaka untuk ke penginapan yang baru saja saya book melalui Agoda. Booking ini dilakukan secara adhoc oleh kerana pembatalan penginapan di Kyoto. Di penginapan Osaka ni berlaku sedikit dugaan. Rupanya rumah yang kami tuju ni tak seindah apa yang diiklankan dalam Agoda. Keadaannya teruk dan memang tak boleh nak menginap di situ. Kami akhirnya balik ke stesen dan saya bersama adik ipar ditemani tour guide berusaha cari hotel alternative di Shin Imamiya. Mujurlah masih ada yang available walaupun disaat akhir dan dalam kemeriahan Golden Week. Sebagai pengajaran, sebenarnya amat tak digalakkan untuk mengambil jenis guesthouse atau homestay di Jepun ni. Kalau di Malaysia, anda boleh expect tuan ramah datang dan beri kunci, tapi di sini mereka cuma tinggalkan dalam kotak dan minta kita layan diri. Inilah yang terjadi, kunci memang anda, tapi rumah macam rumah hantu. Saya tak pasti adakah orang yang iklankan rumah ini memang berniat menipu atau kecuaian syarikat mereka yang tak memeriksa keadaan rumah. Agoda juga turut bersalah dalam hal ini. Selepas saya maklumkan keadaan rumah ini, sampai sekarang rumah yang teruk ini masih diiklankan dalam network mereka.

Day 6

Pagi ini kami semua bergerak ke Osaka Castle. Hanya meninjau dari luar, tak masuk dalam istana pun. Sebenarnya semasa awal ketibaan kami dah beli tiket Osaka Amazing Pass yang boleh beri diskaun untuk masuk, tapi oleh kerana kesuntukan masa, maka tak dapt nak melawat masa tu dan pass tu void selepas 2 hari.

Osaka Castle ini mula dibina dalam tahun 1583 dan banyak berkisar tentang sejarah. Selain itu dikhabarkan pada musim bunga Sakura sekitar awal April, taman disini akan dipenuhi dengan warna Sakura yang cantik. Kami tak dapat tengok pun Sakura sebab dah habis musim (trip kami hujung April).

Selepas selesai di Osaka Castle, kami bergerak ke Osaka Museum of Housing & Living. Kedenganrannya agak bosan, yelah muzium. Tetapi sebenarnya muzium ni agak unik kerana terletak di tingkat 8 dalam 1 building, dan dalam muzeum itu sendiri ada dibuat 1 perkampungan tradisi masyarakat Jepun. Di sini kita boleh mencuba pakaian tradisi mereka iaitu kimono dan caj yang agak munasabah.

Walaupun kami berpusing-pusing sebelum sampai di sini kerana tak jumpa lokasi (hari terakhir dah tak guna tour guide), dan anak saya yang dalam stroller dilanggar secara tak sengaja oleh kanak-kanak Jepun yang menunggang basikal, perjalanan ke sini dirasakan berbaloi. Ya berhati-hati semasa berjalan di laluan pejalan kaki kerana ia turut sama dikongsi oleh penunggang basikal.

Oleh kerana ada lagi hajat yang belum tertunai, sebelah petang di allocate untuk shopping di Dotonbori. Jadi bergerak ke sana bersama dan di sana hanya free and easy. Sekitar pukul 8pm saya dan ayah mertua meninggalkan kaum ibu dan anak-anak yang masih seronok di Dotonbori untuk ke Shin Imamiya untuk mabil barang dan check-in ke hotel. Segalanya beres di sini, kecuali kedai menyimpan barang telah ditutup pada waktu itu. Keadaan agak panik kerana saya perlu ambil barang untuk persiapan gerak balik ke Malaysia. Mujurlah kedai disebelah memberikan sangat baik dan sudi membantu. Nama pemilik kedai Rodriguez (dia kata ini nama Inggeris nya, nama Jepun lain). Sangat baik hati. Menelefon kedai simpanan barang kami, tolong translate dan menemani saya dan ayah mertau sehingga barang selamat diambil.

Day 7

Hari terakhir di Osaka. Tak banyak plan hari ini. Flight balik sekitar pukul 8pm, jadi kami masih ada masa untuk ke Dotonbori (lagi!). Jadi plan pagi ini di Dotonbori dan sekitar tengahari kami agak bergerak ke airport. Kami simpan barang di kedai milik Rodriguez yang baik hati dan peramah itu. Hanya simpan sementara untuk ke Dotonbori. Kami akan datang semula untuk bertolak dari Shin Imamiya ke Osaka Airport. Dari sini kami ke stesen Dobutsen-Mae untuk ke Namba, stesen paling hampir dengan Dotonbori.

Kedai simpanan barang Rodriguez, orangnya sangat mesra.

Selepas tengahari kami bergerak semula ke Shin Imamiya, terus ke stesen dan bergerak ke airport. Perkara melucukan berlaku kerana oleh kerana takut terlepas train, kami telah naik train ekspres yang mana sebenarnya tiket yang kami bayar hanya tiket biasa. Nak buat macam mana, mamang tak tahu baca tulisan Jepun. Kami turun di stesen berikutnya dan naik train yang sebenar.

Selamat tinggal Osaka. Tempat yang sangat menarik, Insyallah kalau ada rezeki saya pasti akan tiba lagi.

Caruman TAKAFUL serendah RM15, manfaat sehingga RM2 juta. Promosi hujung tahung, ending soon!
Wasap SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *