Category Archives: General
Shamsul Rijal & Associates – service review
Rencana ini sebenarnya adalah luahan hati pelanggan terhadap mutu perkhidmatan yang diberikan oleh service provider.
Jadi saya telah menang bidaan beli rumah. Saya telah hire Shamsul Rijal & Associates untuk selesaikan urusan tukar hak milik.
1. Bidaan saya telah selesai dalam bulan December 2011.
2. Saya telah hire Shamsul Rijal & Associates dalam bulan yang sama.
3. Saya telah remit wang pembayaran rumah secara penuh seawal bulan 1, setelah bersusah payah que di Maybank (kebetulan waktu itu ramai orang beratur berhari-hari kerana ASB baru beri dividen).
4. Saya minta lawyer tolong selesaikan dalam bulan Jan atau Feb 2012, sebab saya nak borang 14A bagi satu urusan dengan EPF dalam kadar segera.
5. Masuk bulan 3 belum ada kesudahan.
4. Masuk bulan 4 belum ada kesudahan. Lawyer pun dah pergi umrah berminggu tak dapat call.
5. Dah nak masuk bulan 5, belum ada progress. Lawyer kata proses sedang sangkut di Alam tenggara iaitu pemaju rumah asal. Saya diberi no telefon Alam Tenggara untuk buat follow up sendiri.
6. Saya call Alam Tenggara, punyalah susah nak bercakap dengan staff mereka ni. Pagi pukul 9 belum masuk pejabat. 2 hari berturut-turut saya call tak dapat.
7. Hari ke 3 saya call waktu tengaha hari sikit, tapi dah keluar lunch.
8. Hari ke 4 saya call petang sikit, rupanya sharp pukul 5.30 dia dah blah dari pejabat. Hari tu hari Jumaat, saya kena tunggu pula next week, hari Isnin.
Soalan:
Apakah tugas lawyer saya? Bukankah sepatutnya dia yang buat follow up bagi pihak saya, dan pastikan proses tukar nama dibuat seperti permintaan saya?
Jadi siapa lagi yang nak kan perkhidmatan dari firma ini, terutamanya di Kuantan, mungkin perlu cari alternatif lain dulu.
Saya tidak rekomen perkhidmatan pada tahap seperti ini. Terlalu lembap.
Golf & tembikai
Di padang golf. Swing yang tak menjadi. Short game entah kemana. Sand shot tak nak naik.
Panas terik matahari, panas lagi hati yang mendidih.
Partner pulak buat hal. Boleh pulak tipu score.
Panas!
On the way balik. Singgah beli tembikai untuk kasi sejuk. Kalau panas sangat nanti terbako.
Rumah lelong – pengalaman sendiri
Baru-baru ini saya berkesempatan untuk melalui pengalaman pertama membida untuk rumah lelong di Mahkamah Tinggi. Saya dapat peluang ini bila terjumpa satu iklan rumah murah di internet. Bila menghubungi pengiklan, saya dimaklumkan ianya adalah rumah lelong. Oleh kerana harganya agak menarik, saya berminat untuk membuat bidaan. Tapi saya sebenarnya tidak ada sebarang pengalaman berkenaan rumah lelong.
Saya ada buat carian di internet, ada juga mereka yang berkongsi pengalaman, sedikit sebanyak saya belajar dari pengalaman mereka. Tapi baca sahaja tidak mencukupi, perlu biat eksperimen sendiri baru dapat ‘feel’ nya.
Beberapa perkara yang saya buat sebelum memasuki bidaan:
1. Buat lawatan ke rumah berkenaan. Tengok keadaan rumah waktu siang dan malam, juga tinjau samada masih ada pemilik lama duduk di situ. Jika masih ada pemilik yang duduk, mungkin ada sedikit masalah kalau rumah itu dibeli. Nak minta orang pindah bukannya senang.
2. Buat semakan hakmilik dengan pejabat tanah.
3. Bersiap-sedia dengan cara pembayaran. Kalau nak beli cash, mudahlah. Duit sendiri. Kalau nak beli melalui bank loan, kena ambil kepastian dari bank dulu samada ada kelayakan atau tidak. Selain itu buat semakan dengan lebih dari 1 bank, sebab takut-takut loan ada masalah dengan bank pertama, boleh cari dengan bank kedua. Kalau nak buat bayaran melalui EPF, sila pastikan prosedurnya dipenuhi. Syarat wajib EPF, rumah itu perlu dibayar 20%, barulah yang selebihnya boleh di bayar oleh EPF. Perlu dapatkan pengesahan pembayaran 20% dari lawyer yang menguruskan rumah itu.
4. Sebelum tarikh lelong, pastikan 10% deposit dibuat menggunakan bank draft.
5. Pada hari lelongan, datang awal dan perlu daftar di kaunter Mahkamah Tinggi dan serah bank draft. Kemudian tunggu di luar bilik lelongan sehingga dijemput masuk.
Jangan terkejut jika dihampiri oleh pembida lain yang menawarkan untuk anda menarik diri dari bidaan dengan sejumlah bayaran, atau anda sendiri diminta sendiri untuk membayar mereka jika ingin membida dan tidak ‘diganggu’. Sebenarnya mereka cuba untuk nego supaya anda tidak masuk dan menaikkan harga. Ada juga yang saja-saja nak ambil kesempatan dan nak ‘pau’ pembida lain.
Terserah pada anda, jika rumah itu tidak penting sangat, mungkin dengan tawaran RM500 anda sudah boleh pulang dan tidak meneruskan bidaan. Dan jika rumah itu terlalu penting, mungkin mereka akan menekan supaya anda membayar supaya mereka tidak masuk membida.
Pada saya, saya tidak melayan negotiation seperti ini. Lawan bidding, tak perlu nego.
Flytouch3 for sale

It is tablet PC running Android 2.2 Froyo, some refer it as Superpad, Epad, Flytouch3 etc. I have used it myself about a month and I would recommend anyone looking for a good, reliable and quite cheap tablet to go for this stuff.
What basic things I do with Flytouch2:-
- browsing Facebook, Youtube, Google Reader, reading local news, Google search, etc
- play games like Angry Bird (my daughter love it a lot!)
- listen to MP3s
- watching movies (from AVI/MKV etc)
What do I like about it?
- the fully charged battery can go for 3-5 hours (I completed a full movie while on my flight to Beijing recently)
- the memory slot can support up to 32GB capacity TF card
- the touch screen is smooth and responsive
- the screen is a 10 inch-big
- I can find Android software in market
- the price is cheap compared to Ipad (save hundreds!)
The are a lot more advantages and features of this tablet, but I list the things that I personally use and experience. For the full list of features and specs, here it is:-
| CPU | Infortm X220 1GHz ARM11 |
| CPU Speed | 1GMHZ |
| SDDR.Memory | 512MB |
| Hard drive Memory | 8GB NAND FLASH |
| OS | Android 2.2 |
| Resolution | 1024*600 high-brightness (16:9) |
| Display | 10″ inch TFT LCD( Touch Panel) |
| 3G | External 3G support |
| WIFI | Wireless LAN 802.11b/g |
| Keyboard | US Keyboard, USB external keyboard |
| Mouse & Touch Pad | Built-in touch pad,support USB Mouse |
| USB Port | USB2.0*2, High-speed USB OTG |
| HDMI | Support HDMI 1080P |
| Card reader | TF /MINI SD Card,can support high speed 16GB,32GB |
| Sound effect | Audio build-in 0.5w*2 stereo sperkers |
| External Microphone, 3.5mm Earphone | |
| Built-in Monophonic Recording | |
| Battery life | Advanced power management,6HRS,7600MAH |
| Power adaptor | 100-220V Input, 9V DC Output, 2A |
| Office | WORD, EXCEL, POWERPOINT, PDF, TXT, |
| Instant Messaging Tools | QQ , MSN, SKYPE, E-mail,google talk,Yahoo,facebook,Youtube |
| Internet Browser | Internet Browser |
| other functions | Support Games , E-book, FM |
| Digital Photo Frame | Support JPG,BMP,PNG,GIF,TIFF… |
| Language | Multi-language support |
| Weight & size | 1.4KG,269.91mm*170.45mm*14.89mm |
| Audio | Support MP3,WMA,MP2,OGG,AAC,M4A,MA4,FLAC,APE,3GP,WAV,support playlist |
| Video | AVI, rm, rmvb, MKV, WMV, MOV, MP4,PMP,MPEG, MPG, FLV, 3GP,MPG, Flash etc. |
| camera | 1.3M pixel |
Some pictures for those who are looking:-







And also some videos for a preview:-
Tagging: 4civic_shop, android 2.2, infortm, X220, superpad, epad, flytouch3, superpad3
MS Access – Enter Parameter Value
While exporting some queries in MS Access to Excel, I got this error on one of them.
For those who are having the same problem, please check the name of the tables, possibly it contains reserved words. In my case I got word “IN” as table name and that triggers error.
Kalau berkereta Gen2
(Gambar hiasan)
Musim raya memanglah ramai orang akan ke sana dan ke sini, samada balik kampung atau bercuti bawa keluarga. Tak kira raya Melayu, Cina atau India.. meriahnya sangat terasa sebab alkmlumlah cuti yang panjang.
6 Feb 2011, saya dalam perjalanan di Jalan Jerangau-Jabor. Waktu lebih kurang pukul 8.xx malam. Begitu banyaknya kereta, berderet-deret, tapi mujurlah perjalanan tak terseka-sekat, cuma agak perlahan ditambah pula jalan yang tak berapa bagus (apa JKR Terengganu buat?), dan juga keadaan yang gelap.
Tiba-tiba saya hampir terlanggar sebuah Gen2 di hadapan. Rupanya ada eksiden antara lori dan kereta di depan sana.
Yang nak diceritakan adalah pasal Gen2 warna maroon ni. Lampu brek ketiga tak nyala, lampu brek sebelah kiri tak nyala, yang ada hanya sebelah kanan. Sudahlah lampu standardnya memang kecil, di modify nya pula lampu itu jadi lebih kecik dari biasa (mungkin pakai sticker atau macam mana, tapi nampak lampu itu lebih kecil). Bila driver tekan brek, tak berapa nak perasan sebab beza brek dengan tak breknya hanyalah ada glow merah yang lemah.
Saya terpaksa mengelak ke kiri jalan yang ditepinya ada longkang yang dalam. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku. Tetapi ada sedikit rasa terkejut sajalah.
Nak berlawa boleh, tapi tolonglah ada tanggungjawab kepada pengguna jalanraya yang lain.
Download MP3 Lagu Hari Raya
Bagi yang masih tercari-cari tempat untuk download lagu-lagu MP3 sempenan Hari Raya Aidilfitri ini, boleh mencuba youtubemama.com… caranya mudah:
Buat carian “hari raya” di YouTube, contoh seperti ini.
Kemudian right click, dan copy link location. Kita cuma mahu tahu alamat video.
Di youtubemama.com, paste alamat itu dan mula mendownload MP3.
Curi tabung masjid & parking lot
Dah banyak kali kita dengar kisah tabung kutipan derma jemaah masjid atau surau di kebas budak-budak nakal atau penagih dadah. Itu dulu. Sekarang ini macam-macam lagi boleh dikebas dalam surau atau masjid. Sejadah, langsir, besi grill tingkap, jam dan apa saja yang boleh dikitar atau dijual semula.
Berhati-hati juga jika berhenti solat di surau R&R di lebuhraya atau persinggahan sementara, kerana ‘jemaah’ yang bersongkok atau bertudung lubuh yang nampak warak sebenarnya hanya lakonan, sampai masa dompet atau beg tangan anda boleh juga dikebas ketika bersolat.
Jahat dan kejinya perbuatan mereka yang seperti ini.
Berdekatan tempat kerja saya, ada satu masjid yang besar. Ramainya jemaah siang dan malam. Jadi pihak pengurusan masjid telah memperuntukan sebahagian parking lot yang asalnya lot berbayar kepada PBT menjadi parking lot untuk jemaah masjid. Kebetulan pula disekitar masjid terdapat banyak pejabat swasta dan kerajaan. Walaupun tertulis notis parking lot untuk kegunaan jemaah sahaja, dan siap kawasan sekitar di tanda dengan rantai yang jelas membezakan hak masjid dan parking lot awam, namun masih ramai yang ‘tersilap’ letak kereta dalam kawasan parking lot masjid. Secara tak langsung ini telah menafikan hak jemaah masjid untuk meletak kenderaan.
Mungkin ramai yang ‘tersilap’ masuk kerana memikirkan masjid adalah hak orang ramai untuk keluar masuk, tetapi mungkin ramai yang tak terfikir parking lot itu untuk kemudahan mereka yang hendak bersolat. Jika anda yang bekerja dari pagi hingga ke petang pun nak menumpang sama, mungkin kita tak dapat jumpa di mana rasionalnya. Pukul 8.30 pagi, parking lot awam masih kosong, tapi parking lot masjid sudah penuh. Penuh lah ia hingga ke petang.
Jika mencuri tabung itu haram, apa pula gelaran untuk mereka yang ‘tersilap’ ambil tempat letak kereta?
Laluan ke Cameron Highlands melalui Sungai Koyan, Kuala Lipis
Saya membuat perbandingan jarak laluan berikut;
Laluan 1:
Kuantan – Bentong – Raub – Sungai Koyan – Cameron Highlands – Gua Musang
Laluan 2:
Kuantan – Jerantut – Kuala Lipis – Gua Musang
Kedua-dua laluan menuju destinasi yang sama, tetapi jarak perjalanan jauh berbeza. Laluan 1, sejauh 530km. Laluan 2, hanya 420km. Dari segi kualiti jalan, tidak jauh beza cuma Laluan 2 lebih berbukit dan beralun. Di Laluan 1, masih terdapat kawasan jalan yang belum disiapkan sejauh 2km, lebih kurang 15km sebelum Cameron Highlands.
Saya mungkin tidak berminat lagi untuk melalui Laluan 1 oleh kerana jauh dan amat terpencil berbanding Laluan 2.
Gambar ada di ambil, akan di update kan kemudian.
Picasna Plugin Test
Picasna is a free fullscreen showcase for photographers, web-designers, artists, travelers and everyone who need to show their photos or pictures online.
I’m testing it out:
Credits to author Igor Barbashin.
