Category Archives: General

Bank Muamalat & Prudential BSN

Sebagai seorang pengguna/pelanggan, saya selalu membandingkan customer service yang saya terima dari pelbagai sektor swasta mahupun kerajaan. Inilah adalah feedback yang jujur tanpa sebarang prejudis.

Bank Muamalat vs. RHB

Dalam kes pinjaman kereta, saya membuat permohonan kepada Bank Muamalat terlebih dahulu berdasarkan kadar keuntungan rendah yang ditawarkan iaitu 3.1%. Tetapi Bank Muamalat mengambil masa selama 1 bulan sebelum dapat memaklumkan kepada saya bahawa loan berkenaan telah diluluskan. Ia juga mengambil masa yang lama sebelum Letter of Undertaking (LoU) dikeluarkan. Sementara LoU dikeluarkan, saya telah memohon loan yang sama dari RHB. Dalam masa beberapa hari sahaja, loan berkenaan diluluskan dan LoU dikeluarkan dalam hari yang sama. Di sini terbukti benar bahawa murah sahaja tidak bermakna ia dapat memenangi hati pelanggan. Murah perlu disertai dengan layanan pelanggan yang cekap.

Prudential BSN vs. Takaful Ikhlas

Sebenarnya ramai kenalan yang selalu mengingatkan kepada saya untuk memberi keutamaan kepada syarikat tempatan berbanding syarikat luar. Tetapi mungkin kerana kurangnya sensitiviti, saya masih memilih syarikat dari luar negara (atau associates) untuk insuran anak perempuan saya. Tetapi ianya amat mendukacitakan, setelah saya membayar premium lumpsum setahun, dan setelah menerima polisi selama 10 bulan, tiba-tiba saya telah dimaklumkan polisi berkenaan telah dibatalkan. Tidak ada notis rasmi, sekadar panggilan telefon dari agen. Tuntutan elaun hospital anak saya juga telah dinafikan dengan alasan penyakit bronchitis tidak diberikan perlindungan (itulah alasan yang diberikan agen). Apabila diselidiki rupanya syarikat insuran membatalkan polisi anak saya kerana terdapat maklumat yang tidak didedahkan. Salah siapa? Bukan saya yang mahu menipu, tetapi salahkanlah agen anda yang hanya mencari sales tetapi tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan. Saya menerima nasihat dari agen. Jika salah nasihat, inilah akibatnya. Yang menjadi mangsa adalah kami golongan pengguna. Berdasarkan pengalaman baik isteri saya yang mengambil polisi dari Takaful Ikhlas, saya memutuskan untuk melanggan perkhidmatan dari Takaful Ikhlas. Setakat ini semuanya masih OK. Agen baru juga lebih peramah dan rajin berjumpa client dari agen yang lama dulu.

Kad Kredit, Kad Debit, Kad Caj – Tambahan Belanja 2010

Credit Card- A credit card as the name goes gives credit for the payments you make through the card obviously for a charge. The days of credit one gets could range from 20 – 50 days depending on the date when one made the purchase. One can chose to pay the entire dues at one time, or delayed them after paying the minimum amount due every month.

Debit Card- A Debit card is basically ATM card on the move. It enables you to access your bank deposits for payment. When you make any purchases using a debit card, then your bank account is automatically and instantaneously debited to the extent of the purchase amount.

Charge Card- A charge card is pretty similar to a credit card with one major difference. With a charge card you have to pay the entire dues within the credit period and cannot carry over any balances like a credit card.

————————————-

Seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, setiap pengguna kad kredit atau kad caj akan dikenakan yuran ‘maintenance’ RM50 setahun bermula tahun 2010. Ini bermakna, tidak ada lagi kad ‘free for a life time’ seperti yang selalu dicanangkan oleh pihak bank dalam promosi mereka.

Sepatutnya promosi perlu ditukar kepada ‘free for a lifetime (until further notice by the government)’.

Yang sebenarnya ia masih percuma tanpa apa-apa caj oleh pihak bank, tetapi yuran RM50 adalah bayaran kepada kerajaan, bukan kepada bank. Jadi mungkin kita tak perlu marah-marah pada bank.

Saya tidak juga marah-marah kepada kerajaan, sebabnya kerajaan juga perlu mencari alternatif punca kewangan baru setelah cukai rokok tidak dinaikkan, dan juga pemberian pekej notebook untuk orang muda. Ambik dari tangan kanan, keluar tangan kiri. Mesti ada positif dan negatif, kalau tidak mungkin tidak balance itu kira-kira.

YB Zul (Kulim) ada point nya disitu dengan mencadangkan had kelayakan pemegang kad kredit, sekiranya benar kerajaan mahu memberi tekanan agar rakyat lebih berhati-hati dalam berbelanja.

Yalah, objektif agar rakyat kurang menggunakan kad kredit mungkin atas kertas saja. Yang sebenarnya kerajaan mungkin nak ambik kesempatan dengan mereka yang bermewah-mewah ini. Alang-alang dah mewah apa salahnya derma RM50 kat budak-budak U nak beli notebook!

Mungkin kita semua patut bertukar arah kepada kad debit.

Accord 2008 & RON95

For those who are seeking Honda Accord 2008 fuel consumption readings;

I’m using Accord 2.0L and here is my result:

Full tank RM122 long distance/highway (Kuantan-Gua Musang-Dungun) for 830km.
Full tank RM122 long distance/normal roads (Dungun-Kemaman-Kuantan) for 600km.
Full tank RM122 within town work-home/pusing-pusing (Kuantan) for 600km.

on average about RM0.18/km.

Indonesia: Kita bawa Barang, Mereka bawa Parang

Adalah amat menyedihkan bagi saya sebagai seorang rakyat Malaysia, mengetahui wujudnya sebegitu tebal kebencian dari rakyat Indonesia terhadap rakyat Malaysia. Apa sudah jadi dengan semangat kejiranan dan penghargaan kepada warga serumpun?

Lebih menyedihkan lagi, kerajaan Indonesia nampaknya begitu lemah dan tidak mampu mengawal kebencian ini dari terus merebak. Saya membaca laporan bahawa aktiviti “sweeping Malaysia” oleh pasukan BENDERA mereka hanya dilakukan oleh sekumpulan kecil extremist, tetapi sekumpulan kecil ini pun nampaknya tidak mampu dikawal oleh mereka. Dan sekumpulan kecil ini dibiarkan untuk terus bersuara lantang seolah-olah mewakili sebahagian besar suara rakyat Indonesia.

Dalam pada berlakunya bencana alam seperti gempa bumi di Indonesia, kita masih menghantar bantuan dan sumbangan atas dasar kemanusiaan. Tapi extremist dari seberang ini tergamak beramai-ramai merancang datang menyerang dan membalas bantuan rakyat Malaysia dengan buluh runcing dan parang.

Ini bukan semangat kejiranan yang kita kehendaki. Sememangnya tidak.

Impresi Pertama

Don Gabor dalam bukunya berjudul “How to Start a Conversation and Make Friends” memberikan tips bagaimana untuk kelihatan mesra dan mudah didekati. Tips ini diamalkan melalui contact yang pertama iaitu bahasa badan (body language). Lebih separuh dari komunikasi yang terlibat adalah dalam bentuk bahasa badan. Tips-tips ini diringkaskan sebagai SOFTEN. SOFTEN ini boleh menjadikan orang lain lebih berinteraksi dan menerima anda. Tujuan SOFTEN adalah untuk memberikan isyarat bahawa anda seorang yang mesra dan mudah didekati.

S – Smile

O – Open arms

F – Forward lean

T – Touch

E – Eye contact

N – Nod

Senyuman adalah petanda pertama bahawa anda seorang yang gemar berkawan dan bersedia untuk berkomunikasi.

Tangan yang terbuka pula menandakan anda senang didekati. Dalam perbualan, tangan terbuka bermaksud anda mendengar dan mahu berinteraksi.

Membongkokkan badan sedikit kedepan semasa bercakap menandakan anda sedang mendengar dan benar-benar berminat dengan apa yang dibualkan.

Sentuhan dalam aspek bermaksud bersalam. Bersalam semasa bertemu menunjukkan attitude yang baik terhadap orang yang berkenaan. Katakan “hi”, senyum dan sebut nama anda.

Hubungan mata semasa perbualan menandakan anda mendengar dan ingin tahu tentang apa yang dikatakan. Hubungan mata hanya perlu dilakukan secara semulajadi dan tidak memaksa.

Anggukan kepala pula menandakan anda faham dengan apa yang diperkatakan, dan mahu perbualan itu diteruskan.

Boikot Harian Metro

Setelah lama memerhatikan kecelaruan yang berlaku dalam laporan demi laporan dalam Harian Metro, saya dengan ini mengambil keputusan untuk memboikot akhbar Harian Metro. Boikot ini mungkin berakhir apabila Harian Metro memperbaiki mutu laporan yang dihidangkan.

Perkara-perkara memualkan yang dapat kita lihat dalam Harian Metro:-
1. Isu-isu panas terutama berkaitan seks dan gambar lucah yang begitu kerap dieksploitasi untuk keuntungan akhbar.
2. Isu-isu terpencil yang dihebohkan dan di ‘hype’ kan yang memberikan gambaran salah tentang apa yang berlaku.
3. Wartawan memberikan pandangan sendiri dan berat sebelah yang boleh memberikan persepsi negatif tentang sesuatu kejadian.

Walaupun penarikan pendapatan RM1.50 dari saya ini tidak memberikan apa-apa makna kepada akhbar ini, sekurang-kurangnya inilah sumbangan peribadi yang tidak seberapa dalam usaha memerangi unsur-unsur ketidakadilan yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Connecting Laptop to TV

Thanks to Online Tech Tips for the article on how to connect a laptop to TV. Actually I searched for this things during the raya holiday, and I need to get a movie displayed on a TV.

1. S-video

svideo011

svideo02

2. VGA

vga_port01

3. DVI

dvi_port01

4. HDMI

hdmi01

5. Scan Converter Box

scan-converter-box

Beramal & Berdosa

Sekarang bulan Ramadhan. Jika beramal, balasan yang diberikan Allah berlipat kali ganda berbanding dalam bulan-bulan lain.

Malam semalam saya ke bank untuk ‘mencocok’ duit yang tak seberapa di ATM. Kebetulan di situ ada 3 buah bank yang bear-besar belaka. Di sebelah bank tempat tujuan saya itu ada masjid negeri yang juga sangat besar.

Kebetulan waktu solat tarawih sedang berlangsung. Begitu ramai muslimin/muslimat yag hadir ke masjid untuk melakukan solat tarawih. Kereta bersusun-susun di kiri kanan jalan. Di jalan utama yang agak besar, kereta disusun bertindih (double-parking). Mungkin tidak menjadi masalah sebab yang ditindih pun pemandunya ada di masjid sama-sama menunaikan solat.

Di jalan yang kecil menju ke bank, kebetulan di selekoh U, kereta bersusun juga di kiri dan kanan. Sungguh hebat. Tetapi amat malang kerana pemandunya mungkin terlepas pandang, atau mungkin juga sengaja – menyebabkan kesukaran kepada pemandu lain yang ingin lalu-lalang dan terpaksa bersempit di selekoh U itu. Oleh kerana selekoh U berada betul-betul di hadapan pintu masjid tidak semestinya ia boleh menjadi tempat letak kereta.

Niat untuk beramal sangat bagus, tetapi mungkin lebih bagus jika kereta kita tidak menjadi halangan bagi orang lain. Sedangkan kita di ajar untuk mengalihkan duri atau batu dari laluan orang ramai, inikan pula meletak kereta… Insyallah.

Life Insurance Portability?

Dulu dalam hal-hal berkaitan telco seperti Celcom, Maxis & Digi, kita terpaksa menerima perkhidmatan mereka seadanya. ‘Terpaksa’ itu bermaksud oleh kerana sayangkan nombor telefon yang sudah dikenali itu, maka kita perlu merelakan apa saja level perkhidmatan yang diberi. Samada baik atau buruk kita harus terima kerana tidak mahu kehilangan nombor itu.

Era sedih itu telah berkahir semenjak number portability diperkenalkan. Maka orang ramai kini mempunyai pilihan untuk bertukar dari Celcom, Maxis atau Digi sebilang masa. Jika perkhidmatan yang diberi tidak memuaskan, orang ramai boleh saja menukar telco bila-bila masa. Ini adalah kebebasan buat para pelanggan.

Tapi kebebasan ini masih belum ada dalam industri insuran hayat. Pelanggan masih dibelenggu dengan keterpaksaan untuk terus bernaung di bawah syarikat penyedia yang asal dan terpaksa menerima apa saja tahap perkhidmatan yang diberikan. Pelanggan tidak ada peluang untuk bertukar syarikat kerana terpaksa menanggung kerugian kumulatif sekiranya berbuat demikian.

Sekiranya perkara yang saya tuliskan ini adalah relevan, mungkin sudah sampai masanya pihak authority memberikan kemudahan ini kepada kita. Tidak ada buruknya, yang saya nampak ianya akan meningkatkan persaingan seterusnya memperbaiki mutu perkhidmatan yang ada. Insyallah.

Jom Merusuh

Jumaat yang lepas saya solat Jumaat di sebuah masjid di Kuantan. Seronok mendengar khutbah jumaat, yang saya kira disampaikan dengan cara yang sangat baik. Bersemangat. Hidup. Saya yang agak hampir terlelap pun turut bersemangat mendengar kata-kata dari khatib. Sangat bagus, alhamdulillah. Jarang terjumpa khatib yang mampu bercakap seperti ini di masjid-masjid lain. Insyallah, jika ada peluang saya akan cuba menghadirkan diri ke masjid yang sama pada hari yang lain pula.

Khutbah jumaat adalah berkenaan memerangi kezaliman. Semua bentuk kezaliman haruslah ditolak, termasuklah penahanan tanpa bukti dan perbicaraan.

Kata khatib, selemah-lemah penolakan ialah dalam hati. Tunjukkan rasa marah, rasa tidak puas hati kamu kepada mereka yang melakukan kezaliman. Mereka yang teraniaya dibenarkan dalam peruntukan syarak untuk menggunakan kekerasan, dan boleh juga menggunakan kata-kata yang kesat. Maka keluarlah beramai-ramai untuk menunjukkan rasa marah itu.

Saya tidak expert dalam ilmu agama seperti khatib, tetapi saya mungkin berhak untuk menapis maklumat yang saya terima. Sekurang-kurangnya untuk diri saya dan juga keluarga.

Sebaik-baik manusia adalah Nabi Muhammad s.a.w. Baginda lah yang perlu dijadikan contoh dalam kehidupan kita. Contohi Baginda dalam menempuh musibah dan dugaan. Kesabaran yang amat hebat, jika tidak dapat mencapai ke tahap itu pun, mungkin kita boleh mencuba mendapatkannya barang sedikit.

Emosi yang membuak-buak, perasaan tertindas dan ingin membalas dendam, mungkin bukan lagi ditunjangi oleh perjuangan yang sebenar. Mungkin ianya sudah didominasikan oleh nafsu dan syaitan. Tunjukkan rasa marah, mungkin bukan dengan cara berdemo. Mungkin dengan membuktikannya di atas kertas undi. Meletakkan seseorang sebagai zalim dan bertegas untuk menghukum, tanpa memahami perkara sebenar, mungkin kezaliman yang lebih besar itu sebenarnya terletak pada diri kita.

Mungkin kita masih terkonkong dalam pemahaman di bawah tempurung sendiri. Hanya Allah yang lebih mengetahui.