Archive for the ‘Tahukah Anda’ Category

Deja Vu & Psikik

Friday, August 7th, 2009

Profesor Hans Holzer dalam bukunya bertajuk “Han’s Holzer The Supernatural – Explaining The Unexplained” ada menceritakan tentang konsep Deja Vu (bahasa Perancis – dalam bahasa Melayu bermaksud “pernah dilihat”). Katanya ahli sains memberikan penjelasan bahawa Deja Vu berlaku oleh kerana kelewatan otak memproses maklumat visual yang diterima. Kelewatan ini memberikan gambaran seolah-olah suasana yang berlaku kepada penerima pernah berlaku sebelum ini.

Saya sendiri sekali-sekala mengalami proses Deja Vu ini dan ia melibatkan kombinasi visual, audio dan persekitaran. Deja Vu yang saya alami semuanya dalam tempoh beberapa saat. Contohnya pernah melihat sesuatu benda dan dalam masa yang sama mendengar percakapan seseorang.

Profesor Hans Holzer bagaimanapun mempersoalkan bagaimanakah konsep kelewatan maklumat tadi dapat dijelaskan sekiranya ia melibatkan satu pengalaman yang agak lama. Contohnya seseorang boleh menunjukkan arah dengan sangat dalam satu rumah yang belum pernah dilawatinya sebelum ini.

Belia juga ada menyebut tentang Extrasensory Perceptions (ESP) iaitu kebolehan mendapat maklumat awal tentang perkara yang akan berlaku. Katanya kebolehan ini sebenarnya normal dan ada pada setiap manusia, yang berbeza hanyalah kekuatannya.

Satu istilah lain yang menarik minat saya ialah Out of Body Experience (OOBE). Profesor Hans Holzer menjelaskan OOBE adalah pemisahan antara fizikal dan spiritual seseorang. Ianya biasa berlaku dalam mimpi. Apabila terpisah spirit (roh?) seseorang boleh melangkaui jarak, tidak ada sakit, dan tidak ada masa. Seseorang itu masih mempunyai kawalan ke atas spirit seperti biasa, cuma tanpa kehadiran fizikal. Oleh kerana OOBE juga, seseorang dapat merasakan pengalaman seperti terjatuh dari tempat tinggi sebelum terjaga dari tidur. Ini kerana kesan dari perubahan kelajuan di mana spirit tanpa fizikal mula menghampiri badan dan masuk semula.

Begitu juga dengan kebolehan seseorang untuk melihat seseorang yang telah tiada. Ianya ada kena mengena dengan kebolehan psikik seseorang.

Menurut beliau juga istilah supernatural sebenarnya terbit oleh kerana kita tidak mengetahui tentang sesuatu perkara. Sekiranya diketahui, ianya bukan lagi supernatural. Contohnya kebolehan untuk berkomunikasi tanpa wayar dalam jarak yang jauh, suatu masa ianya adalah supernatural tetapi tidak lagi kini.

Ketakutan adalah oleh kerana tidak mengetahui, begitu kata profesor ini.

Wallahualam.

Makna Bacaan Dalam Solat

Tuesday, July 7th, 2009

Sudah lama hajat di hati nak buat pos tentang makna bacaan dalam solat. Kandungan ini saya temui dalam internet.

Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Salam
Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Jarak bumi ke matahari dan saiznya?

Thursday, June 11th, 2009

Jarak dari bumi ke matahari secara puratanya adalah sejauh 149 juta KM. Dengan kata lain, sekiranya secara average anda memandu sejauh 50,000km setahun, dan secara average anda memandu selama 50 tahun dalam seumur hidup, maka anda memerlukan 60 keturunan untuk memandu kereta ke matahari.

Jika dibandingkan dengan bumi, diameter matahari adalah 100 kali lebih panjang. Jika digambarkan matahari sebagai satu balang yang kosong, maka ia boleh diisi dengan 1,000,000 (1 juta) biji bumi. Bayangkan keluasan alam semesta ini dan kekuasaan Allah!

Sumber di sini dan di sini.

Dari mana asalnya nama Cameron Highlands?

Thursday, June 11th, 2009

Asalnya dari nama seorang penjejak British iaitu William Cameron.

Cameron Highlands was first stumbled upon by one William Cameron, a government surveyor while on a mapping expedition in 1885. He discovered a plateau at an elevation of 1370-1700 meters above sea level and was so enamored by the wide area of gentle slopes and plateau land that he gave an endearing report. It created quite a stir of excitement that Sir Hugh Low wanted to develop the area as sanatorium, health resort and open farmland. Cameron’s name was thus bestowed upon the highland area.

Sumber di sini.