Menu Home

Cerita ASB lagi

Siang tadi saya terbaca artikel dari seorang ustaz. Dia buat perbandingan antara pelaburan ASB dan Tabung Haji (pelaburan ASB vs TH). Mengikut beliau dalam jangka panjang pelaburan di Tabung Haji lebih baik. Bila seorang ustaz menulis, saya percaya beliau pasti faham dengan apa yang ditulisnya.

Tapi saya sedikit terkilan sebab beliau menyebut ASB ada pelaburan kepada bisnes haram. Petikan:

…bila rujuk fatwa, banyak negeri yang fatwakan haram sebab dalamnya ada labur ke saham bisnes yang haram (mungkin arak, judi, babi dll)…

Mungkin arak, judi, babi? Mungkin? Begitu berat isu yang dibawa tetapi ustaz hanya buat telahan sahaja kah?

Apa salahnya jika ustaz lawat web ASNB dan dapatkan info ‘first hand’ dari PNB sendiri. Untuk makluman kepada yang membaca di sini, PNB tidak melabur dalam sektor yang nyata haram seperti arak dan judi. Rujuk artikel ini.

Selain itu Majlis Fatwa Kebangsaan juga memutuskan hukum ASB adalah harus. Jika ustaz atau sesiapa sahaja berselisih pendapat dengan sebab-sebab tertentu, maka teruskan beramal dengan pendekatan itu, tetapi yang penting kita raikan perbezaan pendapat dalam hal ini.

Tetapi nak ‘memungkinkan’ ASB terlibat dengan arak, judi dan babi tanpa usul periksa adalah satu perkara yang tidak patut keluar dari penulisan seorang yang menjadi kepercayaan masyarakat.

Berikut adalah komen Mufti Perlis dalam tahun 2010:

Dan berikut ini pula komen beliau sekali lagi dalam tahun 2017:

Nampak konsistensi pendapat beliau dalam hal ASB?

Beberapa intipati penting dari video ulasan Mufti Perlis:

1. Adanya faktor kepentingan umum umat Islam di negara ini
2. PNB perlu sedaya upaya mengurangkan pelaburan dalam sektor tidak patuh syariah
3. Isu sebenar adalah pelaburan di Maybank

Melihat kembali contoh peratus pelaburan ASB di Maybank:

2008 (21.93%)
2011 (26.73%)
2013 (21.33%)
2016 (20.49%)

Nota: saya harap orang yang lantang mengharamkan ASB ini tidak ada akaun di Maybank dan juga tidak merokok.

Categories: General

Basri MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *