Cerita rakyat vs. cerita kontemporari

Semalam anak saya yang berada dalam darjah 3 menyertai pertandingan bercerita tahap 1 di SK Bukit Setongkol. Dia mewakili SJKC Kuang Hwa. Saya hadir sekadar memberi sokongan moral. Pada saya, penyertaan anak saya sebagai memberi pengalaman dan keyakinan diri untuk beliau pada masa hadapan. Menang atau tidak, saya tidak fikirkan sangat.

Selesai saja 19 murid bercerita maka pertandingan pun tamat. Ketua juri memberikan komen. Antaranya sebutan mestilah baku, gaya, interaksi dengan penonton, lontaran suara, kurangkan berdialog dan sebagainya. Tetapi yang menarik pada saya adalah tema cerita. Ketua juri mahukan cerita yang menarik, tidak mitos (Pak Pandir, puteri bunian) dan ada pengajaran. Cerita tidak semestinya dari kumpulan cerita rakyat.

Malangnya sepanjang pencarian saya beberapa minggu lepas di internet hanya menemukan kebanyakan cerita rakyat. Arnab dan kura-kura. Kancil dan buaya. Tidak dinafikan penampilan cerita berkonsepkan binatang lebih menarik bagi kanak-kanak. Tetapi apa kata kita mula terapkan cerita-cerita kontemporari bagi anak-anak zaman sekarang? Contoh tajuk yang saya fikir mungkin sesuai;

-Kisah Haikal & Ipad Barunya
-Aku Mahu Jadi Juruterbang
-Mama & Papa Kesayangan Saya
-Kereta Baru Papa
-Mama Saya Yang Rajin

Jangan dilupakan, setiap cerita harus ada pengajaran. Ia adalah kriteria penting dan jika tiada pengajaran, cerita itu tidak ada nilainya.

Insyallah jika ada kelapangan saya pasti akan menyumbang beberapa cerita kontemporari seperti ini.

Dear fellow Malaysians, if you like the content of this blog and thinking about to support me to continue writing good content, please consider to sign up for Takaful service from me. I am offering life & accidental coverage plans and medical card too. Kindly message me using the PM box on the sidebar (under profile picture). Thanks ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *