Chin Peng & kepulangannya

Saya terfikir kenapa beriya sangat kumpulan tertentu ini membawakan isu kepulangan Chin Peng ke Malaysia. Apa kesannya jika Chin Peng pulang, apa pula kesannya jika terus menetap di luar Malaysia?

Carian di Internet menemukan saya dengan maklumat Wikipedia tentang Chin Peng. Imej yang ditonjolkan, pada pemerhatian saya, bahawa beliau adalah seorang pejuang! Nampaknya ada pihak yang memang mahu perjuangan ketua komunis ini diiktiraf.

Sebelum ini saya memang terbaca tentang cerita “13 Mei” yang ditulis semula. Penulis itu mungkin dari rumpun yang sama dengan pihak yang memperjuangkan Chin Peng ini.

Di internet ini, kita sukar membezakan mana satu yang benar. Itu sudah dibuktikan dalam PRU12. Mungkin sekali lagi kelebihan era maklumat ini boleh digunakan untuk menulis semula sejarah Malaysia? Siapa pejuang, siapa penderhaka?

Suatu hari nanti, tidak mustahil hitam menjadi putih, putih menjadi hitam.

Saya seperti dapat rasakan bahawa kepulangan Chin Peng ini hanyalah 5% dari “iceberg” yang selebihnya masih lagi tidak kelihatan. Puak-puak ini mungkin satu hari mengaku tanah ini kepunyaan datuk nenek mereka!

3 Comments

  • rose

    June 15, 2009

    Saya terkejut bila Anwar Ibrahim beria-ia mensyorkan Chin Peng pulang ke Malaysia atas dasar “kemanusiaan”. Baiknya Anwar (sigh).Tak terfikir saya Anwar ini pernah menjadi TPM Malaysia, orang nombor dua. Saya rasa Anwar ini kalau dia sekarang adalah seorang PM tentulah sampai merah muka menentang habis habisan.Janganla isu yang semudah ini pun nak masuk campur wahai Anwar Ibrahim. You are far better than that..B-D

  • Basri MY

    June 15, 2009

    Rose, ahli politik tetap juga ahli politik walau dalam apa keadaanpun. Baik Anwar ataupun sesiapa sahaja, harus bijak mengambil peluang dengan sumber yang ada. Politik adalah dunia mereka.

  • Kissmi Abidin

    December 22, 2009

    Bagi saya Chin Peng berhak pulang ke tempat lahir nya…bagi saya dia bukan penjenayah…kalau penjenayah tangkap dan dakwa. Kekejaman komunis masa itu adalah perang..sekarang dah aman yang terlibat masa itu terima lah adat berperang.

    Peperangan masa kebangkitan Islam dahulu pun banyak yang tercedera dan terbunuh baik musuh atau pun pejuang islam…tanya ulamak dan fikirkan

    Sebenar nya ada gulungan yang takut dengan kembalinya Chin Peng…takut sejarah yang dipalsukan yang ditanam pada warga ini akan terbongkar semasa perjuangan warga untuk kemerdekaan dahulu.

    Takut Kembali nya Chin Peng akan menerap nilai komunis semula bukan alasannya. Chin Peng hanya seorang tua yang menghabiskan sisa hidup nya sahaja.

    Pergerakan fahaman Abuya Al’Arqam boleh di bendung, takkan hanya si apek tua tak mampu kita kawal.

    Chin Peng adalah satu bahan sejarah yang patut di bukukan.

    Sejarah pejuang yang sepatut kita sanjungi telah di padam dan putar belit penjajah kolonial dan sejarah yang direka telah di tanam dalam minda warisan bangsa hari ini.

Leave a Reply