Takaful vs. Insuran

Alhamdulillah saya berkesempatan untuk menambah pengetahuan berkenaan konsep takaful. Takaful berasal dari perkataan Arab kafala bererti saling menjamin. Ia berkonsepkan semangat tolong menolong sesama peserta. Peserta apa? Peserta skim takaful. Peserta skim takaful adalah seorang penyumbang kepada sebuah tabung, yang mana tabung ini diuruskan oleh syarikat pengendali dan dilaburkan kepada instrumen patuh shariah. Tabung ini digunakan untuk membantu mana-mana peserta yang mengalami perkara-perkara seperti kematian, kecacatan, sakit kritikal dan beberapa perkara lain sepertimana akad mereka.

Jadi mungkin ada yang bertanya, apa beza takaful dan insurans? Saya dah ada insurans, perlukah lagi menyertai takaful? Berikut ini adalah senarai perbezaan, untuk menjawab persoalan tadi kita lihat dulu senarai perbezaan antara takaful dan insurans:-

[table id=8 /]

Berbalik kepada soalan perlukah menyertai takaful jika dah ada insurans, jadual di atas menjawab persoalan tadi sebagai seorang muslim. Dalam takaful ada konsep hibah yang saya akan tulis dalam artikel seterusnya bagi merungkai kenapa hibah diperlukan bagi setiap insan yang bernyawa.

Prev PostHarga terbaru dan free upgrade TM Unifi
Next PostGoogle Cloud Platform (GPC) Percubaan Selama 12 Bulan

Leave a reply