Curi tabung masjid & parking lot

Dah banyak kali kita dengar kisah tabung kutipan derma jemaah masjid atau surau di kebas budak-budak nakal atau penagih dadah. Itu dulu. Sekarang ini macam-macam lagi boleh dikebas dalam surau atau masjid. Sejadah, langsir, besi grill tingkap, jam dan apa saja yang boleh dikitar atau dijual semula.

Berhati-hati juga jika berhenti solat di surau R&R di lebuhraya atau persinggahan sementara, kerana ‘jemaah’ yang bersongkok atau bertudung lubuh yang nampak warak sebenarnya hanya lakonan, sampai masa dompet atau beg tangan anda boleh juga dikebas ketika bersolat.

Jahat dan kejinya perbuatan mereka yang seperti ini.

Berdekatan tempat kerja saya, ada satu masjid yang besar. Ramainya jemaah siang dan malam. Jadi pihak pengurusan masjid telah memperuntukan sebahagian parking lot yang asalnya lot berbayar kepada PBT menjadi parking lot untuk jemaah masjid. Kebetulan pula disekitar masjid terdapat banyak pejabat swasta dan kerajaan. Walaupun tertulis notis parking lot untuk kegunaan jemaah sahaja, dan siap kawasan sekitar di tanda dengan rantai yang jelas membezakan hak masjid dan parking lot awam, namun masih ramai yang ‘tersilap’ letak kereta dalam kawasan parking lot masjid. Secara tak langsung ini telah menafikan hak jemaah masjid untuk meletak kenderaan.

Mungkin ramai yang ‘tersilap’ masuk kerana memikirkan masjid adalah hak orang ramai untuk keluar masuk, tetapi mungkin ramai yang tak terfikir parking lot itu untuk kemudahan mereka yang hendak bersolat. Jika anda yang bekerja dari pagi hingga ke petang pun nak menumpang sama, mungkin kita tak dapat jumpa di mana rasionalnya. Pukul 8.30 pagi, parking lot awam masih kosong, tapi parking lot masjid sudah penuh. Penuh lah ia hingga ke petang.

Jika mencuri tabung itu haram, apa pula gelaran untuk mereka yang ‘tersilap’ ambil tempat letak kereta?

Leave a Reply