Derma vs. Boikot

Seorang VVIP dalam temuramah akhbar semalam bercakap tentang sejarah Palestin dan isu sebenar di sebalik konflik Israel-Gaza. Pembaca berhak bersetuju atau tidak dengan beberapa perkara yang beliau sentuh.

Saya sendiri bersetuju bahawa kita perlu memahami sejarah penubuhan negara Israel, dan sejarah perjuangan rakyat Palestin. Apakah konflik berdarah ini atas dasar nasionalisme atau keagamaan, itu berkait rapat dengan niat mereka sendiri yang telah mengorbankan nyawa dalam perang ini dan perkara syahid atau tidak hanya Allah yang berhak menentukannya.

Setuju juga jika derma menjadi alternatif bagi mereka yang ingin membantu. Pakaian, perubatan ataupun makanan – semuanya memerlukan kuantiti yang banyak.

Apa yang tidak saya setuju adalah bagaimana usaha memboikot barang-barang dari Israel atau U.S dianggap sebagai membuang masa. Boikot US/Israel itu membuang masakah? Oleh kerana jumlah rakyat Melaysia yang sedikit, maka beliau berpendapat usaha ini tidak kemana. Tidak akan menjejaskan pun ekonomi pihak yang terlibat pun. Mungkin benar jika perkara ini dilihat dari sudut tempatan. Tapi usaha memboikot ini ada dilakukan di peringkat antarabangsa juga. Jika tidak ada sokongan diperingkat nasional atau tempatan seperti Malaysia, bagaimana usaha ini boleh berjaya diperingkat global?

Sebenarnya tidak ramai yang menyedari bahawa usaha memboikot barang Israel/U.S ini mendapat tentangan sengit dari kempen “Buy Israeli Products” yang dijalankan oleh puak-puak yang kononnya bersimpati dengan negara Israel. Mereka ini lebih jelas semangat persaudaraannya berbanding orang-orang Islam sendiri. Bukan setakat kempen membeli barang-barang Israel yang dijalankan secara online, tetapi ada juga dijalankan gerakan serangan berkomputer secara berkumpulan oleh penyokong Zionis ke atas mana-mana laman web yang cuba memberikan maklumat yang benar tentang kekejaman Yahudi di Palestin. Pengguna internet ini sanggup mendermakan sumber kekuatan komputer masing-masing yang mana ia boleh dibentuk untuk mewujudkan serangan DDOS yang kuat terhadap server yang dikenalpasti sebagai pro-Palestin.

Jika mereka ini boleh bersatu hingga ke tahap itu, mengapa orang-orang Islam sendiri tidak boleh bersatu walaupun hanya untuk tidak membeli beberapa jenis produk sahaja?

boikot2

Leave a Reply