Digi Smartplan 75 vs. Umobile Hero Postpaid P70

Sebelum ini saya dengan bangganya menge’post’ artikel berkenaan Umobile Hero Postpaid P70. Sebenarnya baru cuba beberapa hari je sebelum tulis artikel tu. Excited sangat. Tapi excited saya tak lama. Pakej dari Umobile itu saya dapati bermasalah seperti berikut:-

  1. Saya tak dapat 4G di Kuantan, walaupun Umobile claim ini kawasan 4G. Saya ada buat report ke service center umobile, tapi jawapannya ialah kerana 4G network umobile tak compatible dengan model Samsung yang saya pakai tu. Ermmm… susah saya nak terima alasan tu. Lalu saya berbalas tweet dengan Umobile pula. Masih tak dapat membantu (kadang-kadang ada jugak terfikir yang menjawab tweet saya tu maybe budak-budak bawah umur, sebab bunyinya macam tak series). Takpelah, saya terus potong dan masuk ke Digi. Cerita Digi lepas ni.
  2. Ooh..tak ada reason lain. Sebab network slow je. Bayangkan dapat logo E (edge) je, rasa nak menangis kalau surf web.

Jadi tempoh langganan saya bersama Umobile hanya bertahan dalam seminggu lebih. Saya switch ke Digi. Apa yang best berkenaan pakej Digi ni?

  1. Unlimited calls (handphone, fixed line) – dalam bill dia tulis RM0 untuk setiap call tu
  2. Unlimited SMS – yang ni saya tak heran sangat pasal tak berapa guna SMS pun
  3. Internet dapat 7Gbps – ok tu
  4. Yang penting connection laju…4G. Kalau test dengan Ookla tu dapat 120Mbps pun…hahaha.
  5. Kalau kuota 7Gbps dah habis, mereka masih bagi unlimited Facebook dan Whatsapp, serta boleh browse guna Opera Mini.

Jadi oleh kerana saya agak happy dengan pakej Digi ni, saya dah pun switch kan juga phone wife & abang saya ke Digi. Harap-harapnya Digi terus memberi perkhidmatan yang baik kepada pembayar bill yer.

Leave a Reply