Menu Home

Easturia Vacation Club (EVC) – tolong review

Easturia Vacation Club (EVC) adalah satu produk ‘timeshare’ percutian yang diuruskan oleh Sara Worldwide Vacations Berhad, sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan Sarawak di bawah Sarawak Economic Development Corporation (SEDC). Konsep lebih kurang sama dengan Swiss Garden International Vacation Club (SGIVC). Saya pernah hadir ke jemputan promosi SGIVC dan ada tulis satu artikel yang mana terdapat banyak feedback yang berguna untuk dibaca sebelum anda ambil sebarang keputusan. Ada pro & kontra, sila baca di artikel ini Swiss Garden International Vacation Club (SGIVC) – apa pendapat anda?. Dah lama, tahun 2014 dulu lebih kurang 3 tahun dah.

Tapi agaknya nama saya ni ada ong dan bertuah, beberapa hari lepas saya dihubungi oleh agen Easturia Vacation Club (EVC) dari Sarawak. Kata agen tu, program ni tak sama langsung dengan program-program lain yang ada di luar sana. Tapi modus operandi lebih kurang sama, ajak dengar taklimat dan dapatkan penginapan 3D2N secara percuma.

Lepas hantar anak ke kelas art, oleh kerana hari Sabtu ada sedikit masa lapang untuk saya hadir. Mungkin betul ia lain dari yang lain, siapa tahu. Walaupun dalam hati memang kita tahu ini cuma gimik marketing.

Sedikit sebanyak tentang EVC ni, saya cerap dari taklimat promoter yang bertugas:
-program EVC untuk jangka waktu 30 tahun
-mereka sediakan facility untuk penginapan
-duduk di hotel 3,4 atau 5 star dengan bayaran yang sama
-boleh bawa tetamu lain sekitar 2-6 pax
-boleh jual facility yang ada pada orang lain
-booking sekurangnya 2 minggu sebelum
-ada juga yang boleh booking last minute dalam tempoh 48 jam
-untuk lokasi home-based iaitu hotel milik SEDC, tak perlu bayar booking
-untuk hotel affiliate perlu bayar (lupa jumlah)
-ada satu jenis booking RCI yang guaranteed booking, jika dalam negara perlu bayar RM500, jika luar negara pelu bayar RM1000 per booking
-ada maintainance fee lebih kurang RM500 setiap tahun
-pakej dijual pada harga RM16k dan RM20k, beza cuma pada jumlah malam (yang RM20k ada 7 malam, RM16k ada 5 malam kalau tak silap)
-ditawarkan hanya sekali seumur hidup pada 1 keluarga, kalau reject lepas ni dah takde offer macam ni
-perlu decide masa tu juga, tak dibenarkan untuk balik fikir di rumah
-kalau nak join perlu terus bayar separuh iaitu RM8k untuk pakej paling kecil dan seterusnya bayar RM233 selama 3 tahun

Begitulah lebih kurang tawarannya, minta maaf jika ada tersilap sebab saya cuma ingat seimbas lalu pada apa yang disampaikan oleh promoter.

Oleh kerana saya tiada masa untuk buat penilaian, maka jawapan saya kepada EVC adalah NO. Mana mungkin saya boleh buat keputusan masa tu juga tanpa rujuk sebarang testimonial dari pengguna lain.

Bagaimana dengan para pelawat yang lain?

Sudilah kiranya memberikan pendapat masing-masing berkenaan EVC di sini.

Insyaallah akan ada faedah untuk orang lain.

Categories: General

Basri MY

7 replies

  1. Never believe this kind of cheating programs! They can giv you voucher…. But by the time booking.. Always said the date is fully booked!
    Never never get into trap! Don’t believe this time sharing program! Waste u time to listen the bullshit! If u smart in math, u no need install money for those vacation nor you may get tie and can’t move to other choice! Don’t be silly and fool by this kind of club!

  2. Baru jumpa.. becoz we dont like offer, that marketeers boleh ckp hipokrit lah, dgr ckp binilah, laki bini tidak da persefahaman.. its up to client to decide. U r not allowed to interfere people’s marriage. Shame on u.. rude words to client.. not recommend to others.. but we got voucher!!! after listening all rubbish statement

    1. bagus…satu tindakan yg bagus…sya pn dpt voucher jgk…tp bleh guna utk cek in hotel bkn pd hujung minggu, cuti umum dan cuti sek..habis bila nk cek in nya..mangkok tol la..ermm..sabo je lah…

  3. Baru jumpa.. becoz we dont like offer, that marketeers boleh ckp hipokrit lah, dgr ckp binilah, laki bini tidak da persefahaman.. its up to client to decide. U r not allowed to interfere people’s marriage. Shame on u.. rude words to client.. not recommend to others.. but we got voucher!!! after listening all rubbish statement

  4. Keputusan untuk mengatakan TAK NAK merupakan keputusan yang terbaik Bro. TERBAIK!

    Esturia vacation club merupakan produk timeshare yang sepertimana produk timeshare yang lain yang mempunyai ciri ciri yang amat bagus dan memanfaatkan. Bagi mereka yang suka traveling, produk tersebut amat berguna sekiranya kamu suka traveling cara back packing dan terutamanya ke negara yang currency exchangenya lebih tinggi dari kita. Sekiranya kamu anggap nya sebagai buy in kepada program exchange RCI (which is much more expensive) maka ia adalah berbaloi.

    TETAPI! EVC kini adalah GARBAGE kerana management nya. If you buy in to ESTURIA there is no such thing as VIP treatment Walaupun kamu beli package yang paling mahal, you don’t even have a name at the club meetings. Like cows and animals you get a colored serial numbers stuck on you.

    Kalau mok booking hotel, boleh tapi mimpi sajalah kalau you mok in two weeks or 48 hours. Ask any EVC member and they will laugh at you. NO SUCH THING. It’s either book half year in advance or you get the default answer, NO ROOM. And you don’t book a room. kalau you masih mempunyai cara pemikiran sedemikian, jangan buy in. Cara betul untuk book a room through esturia is to get on your knees and BEG.

    Your days entitlement will most definately be forfeited. They say can draw forward or accumulated? Tipu draw forward or accumulate one year only. And they will make it semacam pembedahan otak. Most of the time, you just give up. If you berani buat aduan, mereka akan memberi alasan standard iaitu kamu telah sign agreement, makanlah diri kamu sendiri.

    Management nya malas, munafik dan kurang ajar pada tahap maksima. Walaupun produknya bagus, tapi management nya is pure GARBAGE. Berani mereka jual nama CM Abg Zohari dan Kerajaan Sarawak.

    So my friend, the horror story don’t stop there. It’s the never ending horror story of laziness and stupudity. I’m an Esturia member Bro, and I tell you, I will spit in the face of its management if I see them.

    1. sya baru lepas meeting dgn diorg a tadi..dan jawapannya ialah “NO”..sori laa nk suruh buat keputusan yg bernilai berbelas2 ribu dalam tempoh sejam je…huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *