Google, Bank Rakyat & Western Union

Kalau lah tidak kerana BSN telah meminta saya memberikan “soalan ujian” berkenaan Western Union dari Google, mungkin saya tidak akan sedar rupanya ramai lagi agen WU di sini. Jadi, walaupun BSN telah ‘melecehkan’ proses Western Union saya, saya boleh mencuba nasib melalui agen-agen lain dan terbukti benar usaha itu memang berbaloi.

Bad news, Google tidak menjawab soalan saya kenapa perlu ada “soalan ujian” di BSN.

Good news, sebaliknya saya telah selesai mendapatkan wang kiriman Western Union di Bank Rakyat.

Di Bank Rakyat, hanya ada satu borang sahaja samada untuk kiriman atau penerimaan. Tetapi berbanding BSN atau CIMB (kini bukan lagi agen WU), Bank Rakyat memerlukan salinan fotostat IC. Sila sediakan sebelum masuk bank ok.

Proses mendapatkan kiriman tidak rumit, isi borang, ambil nombor, pergi ke kaunter, tunggu 5 minit dan wang akan diserahkan. Terima kasih 😉

Agen-agen lain yang boleh dicuba:
ambank
Bank Muamalat
Bank Rakyat
Hong Leong
Kuwait Finance
Pos Malaysia
Public Bank
RHB

Nah, berlambak-lambak. Kalau BSN buat leceh, cuba je yang lain.

Leave a Reply