Harga terbaru dan free upgrade TM Unifi

Seperti dijanjikan hari ini TM telah mengumumkan pakej naik taraf percuma dan harga promosi Unifi. Sudah pasti perkembangan ini merupakan hasil perancangan dari kerajaan baru Malaysia yang mahukan harga broadband di Malaysia pada kadar yang lebih baik.

Berdasarkan pengumuman hari ini, berikut sebahagian perkara yang menarik perhatian:-

Bermula 15 Ogos 2018, pelanggan sediada Unifi akan diberikan naiktaraf kelajuan secara automatik dan percuma. Pakej yang terlibat adalah:-

Pakej sekarang 20Mbps dinaikkan ke 100Mbps.
Pakej sekarang 30Mbps dinaikkan ke 200Mbps.
Pakej sekarang 50Mbps dinaikkan ke 500Mbps.
Pakej sekarang 100Mbps dinaikkan ke 800Mbps.

Selain itu bermula 15 July 2018, pakej terbaru dinamakan Unifi Basic pada kelajuan 30Mbps ditawarkan pada harga RM79. Walaubagaimanapun pakej ini hanya memberikan capaian internet asas tanpa content hypptv atau talian telefon. Ia juga menghadkan penggunaan pada 60GB sahaja. TM juga menawarkan pakej Unifi Wireless Broadband pada kadar RM79 sebulan dengan kemudahan mudah alih. Boleh di bawa ke mana-mana.

Sekiranya anda masih belum mendaftar Unifi dan berminat untuk mendapatkan free upgrade ini, bolehlah mendaftar sekarang pada harga promosi seperti berikut:-

Unifi Lite 10Mbps – RM129
Unifi Advance 30Mbps – RM139
Unifi Pro 100Mbps – RM329

Sudah tentu pengumuman ini disambut baik oleh para pelanggan TM.

6 thoughts on “Harga terbaru dan free upgrade TM Unifi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *