Hari Tanpa Tembakau Sedunia dan Pengharaman Rokok

Rupanya Hari Tanpa Tembakau Sedunia (World No Tobacco Day) yang jatuh pada setiap 31 May telah dilancarkan sejak 1987 lagi oleh WHO. Sudah sangat lama.

Begitu juga dengan pengharamannya. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah mengharamkan rokok. Sudah lebih sepuluh tahun.

Maka saya ingin membantu mewar-warkan tentang pengharaman rokok ini kepada yang masih belum tahu. Rokok diharamkan.

p/s: ramai yang lega bila Majlis Fatwa kata ASB itu harus, walaupun ada sesetengah pihak kata ASB itu haram. Tetapi yang peliknya walaupun Majlis Fatwa kata rokok itu haram – ramai je yang buat-buat tak tahu dan tak kisah. Sekarang ini bukan setakat bank saja yang boleh dipilih, hukum-hakam pun “saya mesti pileyyy!” 😉

Leave a Reply