Holier Than Thou

Teringat seorang kawan mengadu dalam nada kecewa tentang tuduhan seorang kawan yang lain terhadap beliau. Beliau sedih kerana digambarkan seolah kejam, tidak ada perikemanusiaan, tikam belakang kawan dan sebagainya lagi. Puncanya hanya sedikit masalah dalam urusan pejabat. Perkara masih dalam peringkat perbincangan, sedar-sedar si kawan ini dah dituduh macam-macam.

Paling tak dapat lupa kata beliau, si penuduh tu menggeleng-geleng kepala seolah kawan saya cukup-cukup tidak berperikemanusiaan. “Saya tak tahu hati kamu, tapi hati saya lain..,” kata si penuduh berkenaan dengan pandangan yang sinis dan senyum sumbing.

—–

Hakikatnya dalam banyak keadaan kita selalu fikir kita dipihak yang betul dan lawan kita di pihak yang salah. Kita tidak mungkin membuat silap, orang lain selalu silap.

Leave a Reply