Ikan singgang Kelantan

Kalau ke KL biasanya saya suka Syuhada Ikan Singgang area Jalan TAR. Jamu selera masakan Kelantan, ikan singgang dan ulam-ulaman dengan budu. Memang berselera.

Setelah di Google resepi ikan singgang, saya jumpa Blog Hamelia Hamid dengan resepi dan cara memasaknya.

Dalam hanya 1 kali percubaan, saya dapat merasa kesedapan yang sama dengan menu Syuhada Ikan Singgang. Banyak betul faedah internet kepada umat zaman sekarang 🙂

Setelah mencuba kali kedua semalam, rasanya bertambah enak dan saya dah dapat ingat resepi dan caranya tanpa merujuk kertas sambil memasak.

Begini, bahan yang diperlukan:
2 ekor ikan kembung
4-5 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
9-10 keping asam gelugor
5-6 ketul lengkuas
2 biji kacang bendi

Asam gelugor dan lengkuas tu saya lebihkan kerana nak bagi lebih umphhh dan rasa masam.

Bawang putih dan merah selepas potong, dicampak bersama asam gelugor dan lengkuas ke dalam air mendidih.

Bila dah agak keluar bau tu campak pula ikan nya.

Lepas tu masukkan garam, ajinomoto & gula secukup rasa. Last sekali masukkan kacang bendi.

Memang simple, tetapi menyelerakan. Sediakan juga ulam-ulam seperti kacang botol, petai, jering, ulam raja dan paling penting budu dengan tempoyak.

Leave a Reply