Jejak maid #2 – agen macam nak buat hal

Semasa menerbitkan entry pertama berkenaan percubaan saya mendapatkan maid, hal berkenaan bayaran dan sebagainya telahpun dirundingkan secara jelas bersama agen.

Bayaran dipersetujui dibuat 2 kali. Sekali sebelum maid sampai dan kali kedua selepas dia mula bekerja. Potongan gaji 3 bulan. Maid dijanjikan kira-kira dalam tempoh seminggu.

Saya telah dapat mengesan tanda-tanda transaksi ini mungkin tidak akan berakhir dengan baik.

Pertama, masa yang dijangkakan telahpun menghampiri 3 minggu. Meleset dari jangkaan awal. Alasannya ialah terlalu lama proses di imigresen Indonesia. Saya tak pasti berapa lama masa sepatutnya untuk urusan ini di sana, tapi kalau di Malaysia hanya mengambil masa beberapa jam untuk mendapatkan passport.

Kedua, agen pada Jumaat lepas (7 Dec) ada meminta wang tambahan, tapi berjanji akan memulangkan semula melalui maid. Cerita agen, wang itu perlu untuk ditunjukkan kepada imigresen Malaysia kerana maid datang menggunakan visa pelancong. Kami ada buat rujukan pada teman-teman, memang prosedur imigresen Malaysia begitu. Tetapi cara agen mendesak untuk dapatkan wang seolah-olah maid akan sampai serta-merta pada malam itu juga. Alasannya hari Jumaat hari terakhir bekerja. Tiket hendak dibeli untuk flight hari Sabtu.

Maka berkejarlah saya yang sewaktu itu berada di Port Dickson ke bank untuk withdraw duit dan ke bank satu lagi (BSN) untuk buat Western Union. Hari Jumaat, pukul 1.00pm bank sudah tutup dan akan sambung 2.30pm. Daripada menunggu, saya terus bergerak ke Melaka. Masalah belum selesai sebab di Melaka jalannya agak sesak dan sehala, susah nak jumpa BSN. Akhirnya jumpa BSN, saya agak itulah HQ nya di Melaka, tapi agak teruk rupa bank sebab mungkin tengah renovate.

Belum sempat saya selesai WU, agen dah call isteri saya tanya berkenaan wang, begitu urgent sekali. Akhirnya selamat saya transfer dan selamat diterima.

Malangnya malam itu saya dimaklumkan tiket telah habis dan hanya ada pada Jumaat minggu hadapan. Saya dah mula rasa tak sedap hati. Tambahan pula, permintaan kami untuk dapatkan snapshot passport dan tiket maid diberi pelbagai alasan seperti dia tidak berapa sihat, tiada internet connection, handphone tiada camera dsb.

Akhirnya dia ada beri satu MMS snapshot passport, yang butirannya langsung saya tak boleh baca. Hitam putih dan pudar.

One Comments

Leave a Reply