Jejak maid #3 – dah nak terkena ni

Sejak dari entry kedua berkenaan maid, memang rasa tidak enak.

Jadi kali ini rasanya saya dapat mengagak kemana hala tuju “jejak maid” ini.

2 minggu lepas agen yang memang rakyat Indonesia ini ada memberitahu maid yang dimaksudkan itu tidak dapat datang kerana kematian ayahnya. Maid sudah pengsan-pengsan. Pantang orang Jawa, tidak boleh tinggalkan rumah selama 100 hari. Nah!

Terserlah lah sudah teka-teki. 99% confirm memang dah kena tipu.

Kenapa saya fikir ini satu penipuan. Tugas agen adalah mendapatkan maid, bukan bercerita perkara-perkara yang tiada kena-mengena. Kalau yang asal tidak dapat datang, ganti saja cari yang lain, kenapa perlu susah.

Jadi dia dah berjanji 2 minggu lagi…untuk urusan imigresen maid baru. Layan sajalah.

Btw, saya sudahpun mendapatkan maid yang lain melalui saluran alternatif. Dia sudah berkerja masuk seminggu dengan kami. Nampak setakat ini ok.

Tapi arrangement yang asal ini 99% failed. Ceh!

2 Comments

  • dinsblog

    January 4, 2013

    dah bayar ke blom bro yg first tu…pasal maid ni memang macam2 ragam..sya dalam setahun 2 maid dah lari…almost 10K untuk diorang nie.

  • Basri MY

    January 8, 2013

    saya dah bayar.

Leave a Reply