Menu Home

Jejak Scammer – Cik Anuar Mohamed Yunus

Skim Cepat Kaya

Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.(Surat Al-Baqarah [2:193])

Artikel kali ini bukan bertujuan untuk memalukan sesiapa, jauh sekali semata-mata mengadakan cerita atau fitnah. Tulisan ini lebih bersifat mendidik dan mengambil teladan dari kecuaian dan kelalaian. Sentiasa berwaspada dengan sesiapa sahaja. Manusia boleh tampil dengan imej baik, profesional, sopan atau alim tetapi jika kita tersilap sangka, padah menanti.

Saya mengenali Cik Anuar bin Mohamed Yunus bukan kerana nak menyertai skim cepat kaya, tetapi saya kenal dia atas satu urusan jual beli hartanah sekitar awal 2016. Dari situ Cik Anuar mula memancing bagi saya menyertai satu skim online dinamakan SBVI Trust.

Gerak hati saya mengatakan skim ini kurang selamat untuk disertai. Oleh kerana saya kurang berminat, Cik Anuar menawarkan saya menyertainya atas dasar nak bantu dan sedia dengan “capital guarantee”. Maksudnya tak kira apa terjadi sekalipun, beliau akan pastikan jika program ini tutup kedai separuh jalan, kerugian saya akan beliau bayar. Lagipun urusan jual beli-hartanah kami masih belum selesai ketika itu, jadi terdapat satu security yang boleh dipegang.

Cik Anuar tampil sebagai seorang yang baik dan sangat friendly. Pergi umrah dan tak putus-putus kirim gambarnya semasa di Mekah ke group whatsapp. Bila balik ke Kuantan, selalu ajak ngeteh bersama. Saya dapat tahu melalui Cik Anuar yang usahasama ini dipelopori bersama adiknya bernama Baharuddin Mohamed Yunus.

Dalam group whatsapp dan wechat Cik Anuar dan Baharuddin sama-sama memberi motivasi dengan menunjukkan sales closing (investment) bernilai jutaan ringgit. Ada investment dari China, Hong Kong dan beberapa negera lain. Kiranya program SBVI Trust ini sangat baik dan international standard.

Dipendekkan cerita, panas tak sampai ke petang. Baru beberapa kali menerima dividen, SBVI Trust dah mula lelah. Mana pergi investment bernilai jutaan ringgit yang Baharuddin tunjuk beberapa hari lepas, Allah saja yang tahu.

Drama pun bermula. Dari satu dalih ke satu dalih, dan akhirnya laman web SBVI Trust terus hilang dimata. Ahli-ahli yang komplen dalam group whatsapp dan wechat ditendang sebegitu sahaja. Cik Anuar dan Baharuddin menyerlahkan perangai perompak mereka yang sebenar. “Capital guarantee” yang dijanji hanya tinggal janji. Telefon tak dijawab, SMS dan whatsapp jangan harap.

Jadi, pada pembaca budiman yang melewati laman ini saya berpesan untuk anda jauhkan diri dari mereka yang saya sebutkan di atas. Untuk apa saya menulis ini? Sebagai teladan kepada yang sedang berharap.

Scammer boleh cakap apa saja tanpa ada sedikit perasaan bersalah. Scammer boleh berlakon dengan pelbagai watak. Scammer juga boleh reka pelbagai cerita yang karut. Scammer boleh berlakon mengatakan dia juga terkena sedangkan itulah skim yang diciptanya sendiri.

Kepada Cik Anuar dan Baharuddin, semoga Allah memberi kesedaran kepada kalian.

Categories: General

Basri MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *