Jika anda seorang perokok

Merokok memang diketahui sebagai tabiat yang buruk. Ada perokok yang sudah insaf, lalu berhenti. Ada perokok yang nak berhenti, tetapi tidak boleh berhenti. Ada yang jenis tegar, tidak mahu berhenti. Tapi walau apapun jenisnya, sekiranya anda seorang perokok cubalah menjadi seorang yang lebih sensitif. Tak apalah jika anda tak mahu berhenti, tetapi hormati mereka yang tidak sepatutnya mendapat ‘bala’ dari perbuatan tidak bertanggungjawab itu. Jika anda merokok…

1. Punyailah belas ihsan kepada bayi atau anak-anak kecil. Jangan merokok di meja makan dalam kenduri kahwin. Di situ ramai mereka yang tidak sepatutnya menghidu asap tercemar turut sama terkena balanya. Kasihanilah. Carliah tempat yang agak jauh dan merokok.

2. Jadilah seorang yang bertanggungjawab. Jika ada wanita mengandung disekeliling anda, ianya amat hina jika anda mengambil sikap tidak peduli. Bayi yang dikandung wanita itu masih belum mengenali dunia ini, terpaksa pula menghirup udara kotor dari anda.

3. Jadi lebih sensitif. Lihat respon orang sekeliling. Jika ada orang yang nampaknya kurang senang dengan asap rokok, segeralah padam rokok itu atau beredar ke tempat yang lebih jauh. Fahami perasaan orang lain. Tak apa jika anda tidak hiraukan kesihatan sendiri, tetapi orang lain ada hak untuk bernafas udara yang segar.

4. Sekurang-kurangnya.. ingatlah merokok telah difatwakan sebagai HARAM. Ramai antara kita yang bertelagah tentag isu halal-haram ASB, ataupun mahu mati syahid, atau mahu jadi pejuang parti ISLAM, tetapi hakikatnya tidak mengambil peduli tentang perkara mudah seperti merokok..ianya HARAM. Tinggalkanlah.

Saya pernah merokok, dan saya berhenti merokok dengan mudah. Saya tahu tidak sukar untuk berhenti merokok. Yang ada hanya alasan.

Sebarkan kempen berhenti merokok dengan cara anda sendiri. Lakukan sesuatu demi kebaikan.

Leave a Reply