Kalau berkereta Gen2

(Gambar hiasan)

Musim raya memanglah ramai orang akan ke sana dan ke sini, samada balik kampung atau bercuti bawa keluarga. Tak kira raya Melayu, Cina atau India.. meriahnya sangat terasa sebab alkmlumlah cuti yang panjang.

6 Feb 2011, saya dalam perjalanan di Jalan Jerangau-Jabor. Waktu lebih kurang pukul 8.xx malam. Begitu banyaknya kereta, berderet-deret, tapi mujurlah perjalanan tak terseka-sekat, cuma agak perlahan ditambah pula jalan yang tak berapa bagus (apa JKR Terengganu buat?), dan juga keadaan yang gelap.

Tiba-tiba saya hampir terlanggar sebuah Gen2 di hadapan. Rupanya ada eksiden antara lori dan kereta di depan sana.

Yang nak diceritakan adalah pasal Gen2 warna maroon ni. Lampu brek ketiga tak nyala, lampu brek sebelah kiri tak nyala, yang ada hanya sebelah kanan. Sudahlah lampu standardnya memang kecil, di modify nya pula lampu itu jadi lebih kecik dari biasa (mungkin pakai sticker atau macam mana, tapi nampak lampu itu lebih kecil). Bila driver tekan brek, tak berapa nak perasan sebab beza brek dengan tak breknya hanyalah ada glow merah yang lemah.

Saya terpaksa mengelak ke kiri jalan yang ditepinya ada longkang yang dalam. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku. Tetapi ada sedikit rasa terkejut sajalah.

Nak berlawa boleh, tapi tolonglah ada tanggungjawab kepada pengguna jalanraya yang lain.

Leave a Reply