Menu Home

Kalkulator pinjaman kereta & cara kira

Bagi yang mencari cara pengiraan bayaran bulanan untuk pinjaman kereta, berikut ini adalah formula pengiraannya.

B = bayaran ansuran bulanan
P = jumlah pinjaman
i = kadar faedah tahunan (bermula 1 hingga 100)
L = tempoh pinjaman dalam kiraan tahun

jadi,

B = P x ( 1 + (i/100*9) ) / L / 12

Contoh:

Abu membuat pinjaman sebanyak RM100,000 (P) bagi kereta terpakai dengan kadar faedah 3.5% (i) setahun. Abu akan membayar kesemua hutangnya dalam tempoh 9 tahun (L). Berapakah bayaran bulanan yang perlu dikeluarkan oleh Abu setiap bulan?

B = P x ( 1 + (i/100*9) ) / L / 12
B = P x ( 1 + (3.5/100*9) ) / 9 / 12
B = 100000 x ( 1 + 0.315 ) / 9 / 12
B = 100000 x 1.315 / 9 / 12
B = 131,500 / 9 / 12
B = 1,217.59

(25/7/2013-Terima kasih kepada laii, rafesh & sufian untuk hint kesilapan calculator sebelum ini)

Jom Kira Pinjaman Kereta

Masukkan nilai pinjaman, kadar interest dan berapa tahun pinjaman diperlukan.
P: jumlah pinjaman
i: kadar faedah
L: tempoh tahun
B: bayaran bulanan
Sebaliknya, jika anda ada nak tahu berapa yang patut dipinjam untuk jumlah bayaran bulanan tertentu, tukarkan saja nilai dalam kotak B. Sekarang anda nak share tools yang berguna ini? Silakan.

Categories: Tahukah Anda

Basri MY

44 replies

  1. ada ke cara nak kira setelah dimasukkan bayaran lain utk prinsipal?. cth bulan2 bayar installment rm420 utk 5 tahun. loan 20k. interest 5.19%. setiap 6 bulan kita topup rm1000 utk bayar prinsipal shj. camne nak kira baki bayaran setiap tahun?

  2. Calculator ni x btul la..cuba tuan puan msukkn jumlah loan 10k..kadar faedah 8%..tempoh tahun 5thn..lain kuar nyer..jumlahnya melebihi dr yg sebenar..pendek citer klau nk pegi used car tu bwk calculator siap2..lg tepat.. 😉

  3. Kiraan saudara Memang tepat berbanding di autoworld. Contoh rm48280; 7 tahun (84) & 4.75%=rm765.87 sebulan.
    Autoworld rm760 sebulan.
    #kipidap

  4. salam..
    saya ada bercadang beli kereta myvu 1.5 seconhand dari used car
    harga: rm36880
    saya buat fulloan,total rm41530 (termasuk insuran dll
    untuk kepastian …41530-36850=RM4680
    logik tak@ used car charge byk sangat?..mintak pertolongan

  5. salam..

    saya ada bercadang beli kereta myvu 1.5 seconhand dari used car

    harga: rm36880

    saya buat fulloan,total rm40530 (termasuk insuran dll

    untuk kepastian …41530-36850=RM4680

    logik tak@ used car charge byk sangat?..mintak pertolongan

  6. bro nak tanya..kalo kereta second slalu yer berapa interest?..
    contoh persona 2007 ..bulan2 rm415 ..9 tahun…harga rm25500..
    berbaloi ker?

  7. Saya mempunyai hasrat utk menghabiskan membayaran loan kereta sebelum tarikh last pembayaran. Saya telah membeli kereta saya pada tahun 2009 dan saya ikat dlm 9 thn. Adakah interest loan tersebut berkurangan?

  8. tu lah pasal encik zaff nie reti kira ke tak.. guna kalkulator.. pakai manual.. jawapan still sama.. datang mana makup 10k.. len kali kira dulu men hentam je..

  9. zaff….mana ada dia markup….saya baru kira manual utk 20k….3 thn 4%….sama jwpn dia dgn apa yg dia kira….

  10. nih kalkulator xbetol.. kiraan dia dah siap markap tuk salesman.. jgn terpedaya. nih kes markap dekat 10k nih.. gile!

  11. dilla, campur 1 sebab nak masukkan pokoknya sekali. kalau tak campur jadinya bunga sahaja.

    Ila & Fahmi, saya kurang arif tentang kelayakan loan mengikut umur kereta. Mungkin ada pelawat lain boleh bantu.

  12. maaf encik..saya rasa kiraan encik ni salah…sebenarnya sekiranya interest kereta 3.6% sebagai contoh ia bukan dikira sekali..dia dikira setiap tahun kita meminjam..kalau 9 tahun pinjaman…0.36 x 9…..

  13. Bgus3.. Sy nak tau, kalau kete lebih 10 tahun loan boleh lpas bpe tahun??
    Cth; tahun ni 2013, kete tahun 2003

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *