Kaya Budi Bahasa, Tapi Kurang Timbang Rasa

traffic-jam-01

Sebenarnya ada satu perkara misteri yang selalu saya kedengaran diperkatakan oleh beberapa rakan. Tentang sikap seseorang kawan, jiran, teman sepejabat atau sesiapa sahaja yang kita kenal. Mereka ini baik budi bahasa, bersopan, orang Kelantan panggil “berjurus”.

Misterinya, kebanyakan orang yang kita kenal, malahan diri kita sendiri, tidak lagi menjadi seorang manusia yang biasanya diri kita sendiri. Perakara ini amat sukar difahami, kenapa seseoarang yang “normal” tingkah lakunya dalam pergaulan biasa, bila memandu boleh berubah sikap 360 darjah.

Bila memandu, kita akan melakukan sesuatu yang kebiasaannya jarang dibuat dalam pergaulan biasa, contoh:-

Pergaulan biasa: boleh beratur dan menunggu dengan tenang semasa withdraw duit di ATM.
Semasa memandu: memotong barisan di laluan kiri dan membunyikan hon bila pemandu dihadapan agak lambat.

Pergaulan biasa: memberikan tempat duduk kepada wanita tua dan ibu mengandung di tempat awam.
Semasa memandu: “bumper-to-bumper”. Tak kira siapa, tak boleh masuk depan saya!

Pergaulan biasa: memberi laluan dengan kepada orang lain semasa berselisih di pintu lif atau pintu pejabat.
Semasa memandu: seboleh-bolehnya tak mahu bagi peluang kepada pejalan kaki untuk melintas. Makin nampak orag nak melintas, makin laju aku memecut.

Kebiasaannya, mereka yang memandu liar di jalanraya, bukanlah dari golongan yang lar itu sendiri. Ramai dari kalangan ini adalah mereka yang sangat berpelajaran, menghormati orang lain, dan bercakap dengan nada perlahan. Tetapi mungkin ada sesuatu yang tak kena, apabila di jalanraya sopan-santun itu entah ke mana.

Leave a Reply