Keadilan

apple600

Ini bukanlah berkenaan Parti Keadilan Nasional atau pun Anwar Ibrahim. Keadilan manusia tidak ke mana jika dibandingkan dengan keadilan Allah.

Keadilan dan keseimbangan yang ada pada sifat Allah menjadikan planet-planet dalam alam ini berpusing mengikut sistem masing-masing dan tidak bertimpa-timpa antara satu sama lain.

Keadilan Allah menentukan hidup dan mati manusia, qada dan qadar, cela dan rahmat kepada hamba-Nya. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara? Muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin, dan hidup sebelum mati.

Memahami konsep keadilan ini, hati akan redha dengan ketentuan Allah dan jiwa mungkin lebih tenang menerima musibah. Seorang motivator Mat Salleh yang pernah saya ikuti kelasnya berkata, “everything happens for a reason“. Dengan kata lain, itu adalah qada’ dan qadar. Semua yang berlaku ada hikmahnya. “You get back back what you gave“. Pun sama konsepnya, cuma di rebranding kan dalam bentuk lagu oleh kumpulan Scorpions.

Hari ini kita tergesa-gesa memotong barisan ketika beratur di lampu isyarat, hari semalam atau hari akan datang – Allah sudahpun menetapkan orang lain pula memotong kita. Hari ini kita di caci cerca – hari semalam atau hari akan datang Allah sudah menetapkan kita dipuji dan dipuja oleh kerana something yang lain. Hari ini kita merungut kerana ramainya peminta derma di kaki lima bank, esok atau lusa mungkin kita salah seorang dari mereka. Keadilan ini tidak mampu diperintah oleh manusia. Tidak mungkin. Keadilan ini adalah kekuasaan Allah.

Kita sebagai manusia hanya mampu untuk cuba memahami dan berusaha melakukan apa yang terbaik mengikut garis panduan yang telah di tetapkan.

Kita bergembira dan menikmati sepenuhnya sesuatu rahmat, sebaliknya tidak dapat menerima hakikat bila berlaku musibah. Memahami konsep keadilan ini, dengan izin Allah hati lebih tenang menerima baik dan buruk ketentuan-Nya.

Leave a Reply