Menu Home

Kesan buruk minum air sejuk selepas bersenam

Selepas berlari-lari anak sebagai senaman ringkas di Taman Bandar, saya terus menuju ke gerai jualan yang dibuka di ruangan letak kereta.

“Ada air mineral?”

“Ada. Tu haa.. ”

“Yang sejuk ada tak?”

“Yang sejuk tak ada. Lagipun tak elok minum air sejuk lepas lari.”

Terima kasih Tuan penjaga gerai atas nasihat.

Ini bukan kali pertama kita dengar nasihat sebegini. Jadi saya nak cuba selidiki melalui Google sejauh mana kebenaran larangan meminum air sejuk selepas bersenam, atau dalam kata lain ketika kita sedang berpeluh. Ada yang menyifatkan badan kita seperti enjin kereta yang sedang panas. Jika dituang air yang sejuk sudah pasti dua suhu yang berbeza bertembung dan memberi satu ‘kejutan’.

Apa kata Google?

Hasil carian, di dapati meminum air sejuk selepas bersenam tidak memberi sebarang kesan negatif terhadap badan bahkan air sejuk sebenarnya lebih mudah larut dalam badan berbanding air suhu bilik. Jadi masa yang diperlukan untuk badan pulih dari hidrasi lebih pantas. Selain itu, dengan kemasukan air yang sejuk, sedikit tenaga diperlukan untuk meneutralkan suhu air itu ke paras suhu badan. Ulangan meminum air sejuk dalam tempoh satu hari boleh membantu kita membakar kalori sepertimana larian sejauh sebatu. Wow!

Jadi sekarang, tak usah risau untuk minum air sejuk pada sebilang masa. Teruskan.

Rujukan:
Verywell.com
LiveStrong.com
ThatDiary.com
WebMD.com

Categories: General

Basri MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *