Kesan tengok TV & movie Hollywood

Suatu ketika dahulu masyarakat sibuk bercakap tentang kesan kepada kanan-kanak jika terlalu banyak menonton TV. Kanak-kanak dikatakan mudah terpengaruh dengan rancangan kartun yang banyak menonjolkan adegan pukul dan tembak-menembak. Kanak-kanak juga mudah terpengaruh dengan cerita Superman dan ingin cuba terbang dari balkoni rumah mereka.

BETUL KE?

Mungkin juga betul, mungkin juga tak berapa betul. Biarlah kanak-kanak dengan hal mereka.

Tetapi yang peliknya orang dewasa yang sibuk nak menjaga kepentingan kanak-kanak pun boleh terpengaruh juga rupanya. Cerita CSI, movie konspirasi, cerita Star Trek dan misi ke angkasa lepas – sedikit sebanyak memberi impak kepada pemikirang golongan dewasa ini. Begitu juga dengan cerita X-Files dan Numb3rs yang tidak kurang hebat kesannya.

Golongan dewasa yang terpengaruh dengan TV atau cerita Hollywood mungkin ada simptom berikut:-

1) Sukar membezakan antara kebenaran dan pembohongan.

2) Mudah percaya wujudnya konspirasi di sana dan di sini.

3) Sukar menerima kenyataan, lebih gemar membuat kesimpulan tersendiri.

4) Negative thinking – tidak menerima seseorang seadanya.

5) Banyak berangan – nak jadi kaya & mewah.

6) Lebih senang mempercayai cerita-cerita tahyul dan puaka.

7) Lebih senang percaya adanya hidden agenda.

8) Kuat berperasangka.

Simptom ini mudah dan jelas terlihat dalam hal-hal yang agak berat dan semasa.

One Comments

  • Alexander Miller

    June 30, 2010

    i like the idea of solving crime using Mathematics that is why i love numb3rs.`-;

Leave a Reply