Kuantan Memang Berseni

Jika anda bertandang ke Kuantan, jangan lupa untuk melawat tempat-tempat menarik seperti Muzium Tokoh, Muzium Sungai Lembing atau Muzium Pekan. Tempat-tempat ini merakamkan seni warisan rakyat untuk tatapan generasi akan datang. Orang Melayu hidupnya berseni dari banyak segi, contohnya untuk membuat binaan rumah. Ada jurus-jurus ilmu yang perlu dipelajari tentang laluan angin, arah kiblat dan sebagainya… bukan setakat masyarakat Cina saja yang ada fengshui nya.

Selain itu seni warisan Melayu ada pada lagu-lagu rakyat dan asli, pada lok keris dan pada gerak langkah silat. Seni Melayu juga dizahirkan pada lukisan batik yang telahpun memecahkan pasaran antarabangsa.

Tetapi seni lukis pada body kereta… dari mana asalnya? Apa yang diperlukan untuk melukis senang sahaja, sebuah kereta dan sebentuk kunci atau sekeping duit syiling. Seni jenis ini berasal dari hati yang kurang baik.

2 Comments

Leave a Reply