Lalat

Dalam kalut dan sibuk dengan keluarga dan badan yang tak berapa sihat, saya sempat melayan forum dan nampak beberapa cadangan yang agak baik dari pelawat. Salah satu darinya mengingatkan saya kepada proses transformasi besar-besaran yang pernah dibuat ke atas forum itu. Musim segala illegal investments, HYIP dan promosi ponzi schemes saya tebas tanpa sebarang penyesalan. Segala threads yang berkaitan 3 perkara ini terpaksa dibuang. Sekurang-kurangnya saya dapat membantu dengan tidak membenarkan forum dibawah kawalan saya untuk diperalatkan oleh penipuan demi penipuan.

Harga yang dibayar untuk transformasi ini agak tinggi. Tak dapat dinafikan forum mengalami kemorosotan pelawat kerana kurangnya content seperti apa yang mereka inginkan. Content yang tidak baik seperti apa yang saya definisikan, mungkin adalah content yang mereka perlukan. Ada juga beberapa forum lain yang berpakat untuk turut sama mengharamkan content sebegitu. Ada yang tersungkur terus, ada yang tak boleh survive dan menghalalkannya semula.

Itu cerita forum. Menarik pelawat illegal content seperti juga menarik lalat. Dimana lebih kuat bau t**i, di situ lebih banyak lalat.

Dear fellow Malaysians, if you like the content of this blog and thinking about to support me to continue writing good content, please consider to sign up for Takaful service from me. I am offering life & accidental coverage plans and medical card too. Kindly message me using the PM box on the sidebar (under profile picture). Thanks ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *