Life Insurance Portability?

Dulu dalam hal-hal berkaitan telco seperti Celcom, Maxis & Digi, kita terpaksa menerima perkhidmatan mereka seadanya. ‘Terpaksa’ itu bermaksud oleh kerana sayangkan nombor telefon yang sudah dikenali itu, maka kita perlu merelakan apa saja level perkhidmatan yang diberi. Samada baik atau buruk kita harus terima kerana tidak mahu kehilangan nombor itu.

Era sedih itu telah berkahir semenjak number portability diperkenalkan. Maka orang ramai kini mempunyai pilihan untuk bertukar dari Celcom, Maxis atau Digi sebilang masa. Jika perkhidmatan yang diberi tidak memuaskan, orang ramai boleh saja menukar telco bila-bila masa. Ini adalah kebebasan buat para pelanggan.

Tapi kebebasan ini masih belum ada dalam industri insuran hayat. Pelanggan masih dibelenggu dengan keterpaksaan untuk terus bernaung di bawah syarikat penyedia yang asal dan terpaksa menerima apa saja tahap perkhidmatan yang diberikan. Pelanggan tidak ada peluang untuk bertukar syarikat kerana terpaksa menanggung kerugian kumulatif sekiranya berbuat demikian.

Sekiranya perkara yang saya tuliskan ini adalah relevan, mungkin sudah sampai masanya pihak authority memberikan kemudahan ini kepada kita. Tidak ada buruknya, yang saya nampak ianya akan meningkatkan persaingan seterusnya memperbaiki mutu perkhidmatan yang ada. Insyallah.

Leave a Reply