Mansuh PPSMI – Menapak ke belakang

Saya bukanlah taksub dengan bahasa Inggeris, dan diri sendiri masih belajar untuk bertutur dengan lebih baik dalam bahasa dunia ini.

Tetapi mengetahui keputusan kerajaan menukar giar reverse dari pembelajaran 3 subjek dalam bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia, ianya amat mengecewakan. Pejuang bahasa ada alasan mereka, dari perspektif mereka. Yelah, siapa lagi nak memartabatkan bahasa Melayu dan bermatian berjuang untuk bahasa Melayu kalau bukan mereka ini?

Tapi saya tidak melihat isu PPSMI ini satu wadah untuk ditunjukkan sebarang perjuangan. Tidak ada mangsa, dan tidak ada pemangsa. BM bukan mangsa dan BI bukan pemangsa. Jadi tidak timbul isu perjuangan atau tidak.

Ada banyak lagi subjek di ajar dalam bahasa Melayu, bahasa ini tetap bahasa nombor rakyat Malaysia.

Tetapi pemansuhan pengajaran dalam bahasa Inggeris ini akan terus meletakkan tahap perkembangan ilmu sains ini ditahap yang sama dalam negara ini sahaja. Jangan dibandingkan dengan negara Jepun yang hanya menggunakan bahasa mereka, kerana sikap orang Jepun yang rajin dan berdisiplin mungkin tidak sama dengan sikap orang-orang kita. Jadi oleh kerana kekurangan yang kita ada, kenapa harus berdegil dan nak bermegah dengan diri yang serba kekurangan?

Apakah kerana bodoh sombong? Mungkin juga.

One Comments

  • b3

    September 16, 2009

    pada saya pemansuhan PPSMI adalah keputusan yang tepat. mengapa hanya 2 mata pelajaran ini sahaja yang perlu diajar dalam bahasa inggeris. Sepatutnya mata pelajaran bahasa inggeris perlu ditekan dan dilebihkan masa supaya pelajar dapat menguasai bahasa inggeris bukan dengan mengajar sains n mate dalam bahasa inggeris semata2.dah lah 2 subjek ini sudah memeningkan kepala walaupun di ajar dalam bahasa melayu ini kan pula nak di ajar dalam bahasa inggeris. dengan rungutan cikgu yang mengajar 2 subjek ini sendiri. dia sendiri pun tergeliat nak speaking apatah lg mengajar 2 subjek yang tah apa2 formula yang perlu di ingat.

Leave a Reply