Maybank, Tabung Haji & Western Union

Jika anda seperti saya, tak pernah gunakan perkhidmatan Tabung Haji dengan Maybank, berikut saya tuliskan beberapa perkara yang perlu diketahui.
1. Perkidmatan Tabung Haji dengan Maybank hanya ada melalui Maybank2u.

2. Anda tak boleh register akaun Tabung Haji hanya melalui online, tetapi perlu register di ATM terlebih dahulu.

3. Untuk register di ATM, sila dapatkan nombor akaun Tabung Haji dan juga nombor siri buku Tabung Haji. Penting tu.

4. Bila dah daftar di ATM, tukarkan juga had pemindahan Maybank2u kepada maksimum iaitu RM10k. Cari lah di main menu, laim-lain, had pemindahan.

5. Selepas itu sila pastikan di Maybank2u yang akaun Tabung Haji berkenaan telah ada dalam senarai. Main menu>Tabung Haji.

6. Had paling besar untuk pemindahan afalah RM10k sahaja. Jika anda nak pindah RM1mil, perlu buat sebanyak 100 kali dan sehari hanya boleh buat sekali sahaja.

7. Bila dah transfer, boleh semak baki TH di Maybank2u juga.

Bagi Western Union, berikut adalah sedikit maklumat:

1. Perkhidmatan Western Union di Maybank hanya ditawarkan melalui Maybank2u.

2. Hanya perkhidmatan hantar wang sahaja dibenarkan. Nak terima tak dapat ok.

Itu sahaja perkongsian hari ini.

PERCUMA! Konsultasi TAKAFUL untuk:
- perlindungan hayat, kecacatan, penyakit kritikal atau kemalangan
- menabung untuk pendidikan anak dengan perlindungan sepanjang hayat
- medical card
Klik di sini dan dapatkan slot rundingan SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *