Melindungi Pelanggar Undang-undang

Saya setuju dengan pandangan oleh TSH dari Penang (The Star 8 Julai 2009) tentang trend semasa orang-orang politik sekarang, yang mana mereka ini sangat gemar menjuarai isu-isu yang tidak sepatutnya. Mungkin cara yang begini lebih cepat memberikan mileage dari segi publisiti, maka ianya tetap diperjuangkan.

Sebagai contoh, kes kematian suspek penjenayah yang dikatakan angkara polis (beberapa kes), kes penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembak  dengan pihak polis (banyak kes), kes pencerobohan tanah oleh orang asli, kes pusat penyembelihan babi haram, kes kuil haram dan sebagainya.

Inilah isu-isu berbisa yang boleh memberikan populariti dan sokongan mereka yang bersekongkol dengan aktiviti pelanggaran undang-undang.

Politik macam ini sangat bahaya. Ahli politik seperti ini adalah golongan yang tidak kita ingini (kecuali anda suka cara hidup songsang yang melanggar undang-undang).

Leave a Reply