Menu Home

Memandu secara berhemah

Orang Malaysia sangat tertib dan sopan dalam pergaulan mereka. Orang Melayu terutamanya mementingkan aspek agama, malu dan hormat pada orang lain.

Tetapi sesiapa sahaja yang pernah memandu, pasti tahu setakat mana ‘kesopanan’ orang kita di jalanraya. Hon dan jari tengah memang jadi lumrah, ajak bertumbuk pun ada.

Sama-sama kita bersopan dan beriltizam untuk saling menghormati. Perkara-perkara kecil yang membawa maksud besar termasuklah:

1. Perlahankan kenderaan depan sekolah dan laluan kanak-kanak
2. Perlahankan kenderaan depan rumah ibadat (surau, gereja, tokong) yang sibuk
3. Perlahankan kenderaan dalam kawasan kejiranan
4. Tidak memotong barisan
5. Beri signal semasa membelok

Dunia tentu akan lebih aman jika kita sama-sama beringat, Insyaallah.

Categories: General

Basri MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *