Menu Home

Mengapa anda patut bertukar ke Unifi Mobile?

Hari ini saya ke TMPoint Kuantan untuk dapatkan sim card yang telah saya pesan secara percuma melalui aplikasi mobile@unifi. Proses yang agak mudah untuk dapatkan sim card dan mula membuat panggilan atau gunakan data internet.

Saya hanya perlu download aplikasi mobile@unifi dari Google Play Store, install dan masukkan nombor IC ke aplikasi. Kemudian tandakan berapa sim card yang diperlukan. Saya telah pilih ‘nombor cantik’ seperti yang saya kehendaki. Buat permulaan saya hanya pesan 4 sim card, 1 lagi saya simpan untuk keperluan hari lain. Semasa memesan, saya tick ‘self pickup’ menandakan yang saya akan ke TMPoint Kuantan untuk ambil sim card sendiri.

Saya boleh ambil pada hari yang sama, tapi saya pilih untuk ambil 2 hari selepas memesan atas faktor masa. Di kaunter TMPoint, urusan berjalan lancar dan dalam tempoh 15 minit saya selesai mendapatkan 4 sim card.

Seterusnya saya telah cuba mengaktifkan sim card pertama. Caranya mudah, pasang sim card pada phone dan cuba buat panggilan. Ia terus aktif!

Kemudian saya masuk semula ke aplikasi mobile@unifi untuk lihat adakah benar kuota yang disediakan seperti janji promosi. Ini boleh dilakukan dengan menekan butang ‘First Time Login’. Satu code akan dihantar melalui SMS. Ya benar sekali. Sim card ini datang dengan 20Gb data LTE secara percuma dan 10 minit panggilan telefon. Memang berbaloi untuk sesuatu yang percuma. Perhatikan screenshot disertakan.

Pastinya anda tertanya-tanya bagaimana jika kuota percuma itu habis. Pengguna boleh menambah kredit ke akaun mereka melalui kad kredit atau online banking. Saya telah cuba untuk tambah kredit sebanyak RM10 sebagai percubaan. Proses menambah kredit amat mudah seperti screenshot berikut.

Pilih cara pembayaran.

Jika melalui online banking, pilih nama bank.

Pembayaran selesai.

Setelah itu swipe screen ke bawah untuk update baki akaun di mobile@unifi.

Seterusnya baki ini boleh digunakan untuk beli add-on seperti;

Data.

Airtime untuk panggilan telefon atau SMS.

Atau boleh juga untuk roaming access.

Saya dapati user interface aplikasi mobile@unifi ini agak mudah untuk digunakan, seperti mengaktifkan international roaming atau memeriksa baki data dan airtime.

Dengan kemudahan begini, saya pasti akan menggunakan perkhidmatan mobile@unifi apabila berhajat ke luar negara. Kenapa?

1. Pengaktifan roaming facility yang mudah (layan diri) melalui aps.

2. Fixed charge semurah RM39/sehari.

3. Kebebasan untuk mengawal perbelanjaan kerana saya hanya bayar apa yang digunakan. Tidak ada deposit roaming ataupun kejutan bil selepas pulang dari luar negara.

Saya akan mengaktifkan 3 nombor lagi untuk anak-anak saya dan kita lihat sejauh mana mobile@unifi dapat memberi manfaat kepada golongan muda pula.

Categories: General

Basri MY

19 replies

  1. Saya ambil 5 simkad, baki lagi 4 simkad masih belum aktif dan baki 4 simkad itu boleh digunakan smpai bila??

  2. Salam.. Saya dh Terima simcard Tapi macam mana Nak active kan simcard.
    I Tak bole connect to unifi, tak bole call or send SMS.

      1. coverage sy kt sini 3g. tpsejak 8.30mlm td xleh online. account balance msh rm0.00. adakah account balance nk kena ada jumlah bru boleh online?

        1. cuba buka mobile@unifi dan under data tgk kuota yg ada berapa? kalau guna 2 sim card pastikan sim card yg baru di setkan jadi main internet resource.

          1. mmg 20gb tu je. baru dpt sim semalam. mula tu ok je online. try online xlm pun. kjp2 je.. then start 8.30mlm tu trus xleh smpai skg.

          2. tak silap saya 20Gb untuk LTE sahaja. jika kawasan saudari 3G, bermakna dapat gunakan kuota data biasa iaitu 50Mb dan mungkin saudari dah habis gunakan.

  3. No hp yg lama masih boleh digunakan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *