Menu Home

Menguatkan bacaan dalam solat – adakah digalakkan?

Dalam menunaikan fardu solat berjemaah harian di masjid atau surau sudah tentu menjadi kebiasaan untuk kita bersolat sebelah menyebelah dengan orang lain, kecuali jika menjadi imam. Bila bersebelahan & bersentuhan ada beberapa perkara yang seringkali menimbulkan sedikit rasa rimas:

1. Bau badan
2. Bau mulut
3. Mendepang tangan tak kira suasana sempit
4. Berpeluh
5. Bacaan yang terlalu kuat

Dalam Bicara Agama, Utusan malaysia 24/1/2014 ada mengupas tentang keperluan untuk merendahkan suara bacaan sekadar untuk didengari oleh diri sendiri. Tidak perlu menguatkan bacaan sehingga mengganggu orang lain.

Artikel ini turut memetik hadi riwayat al-Tirmizi dari Ubadah ibnu Somit yang mengatakan Rasulullah meminta agar para sahabat tidak membaca apa-apa surah jika di belakang imam. Ini kerana pada waktu itu bacaan para sahabat telah menggangu bacaan Rasulullah sebagai imam.

Categories: General

Basri MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *