Merokok dan membakar rakyat Palestin?

Mengikut satu artikel di HarakahDaily, sekiranya anda merupakan perokok yang dikeluarkan oleh Philip Morris iaitu satu syarikat pembuat rokok paling besar di dunia, maka anda turut sama menyumbang kepada kekejaman yang berlaku di Palestin.

Sebenarnya Philip Morris telah terbahagi dua, satu PM USA dan satu lagi PM International. PM International menguruskan pasaran di lua USA dan operasinya berpusat di Switzerland. Pun begitu, ibupejabatnya masih di New York, dan sudah tentu cukainya pula dibayar kepada kerajaan U.S. Pendapatannya melebihi $10 billion pada tahun 2007. Antara jenama yang dikeluarkan oleh PM International ialah Marlboro, Longbeach, L&M, Philip Morris, Bond Street, Chesterfield, Parliament, Lark, A-Mild, Morven Gold, DJI Sam Soe, Multifilter and Virginia Slims.

Dalam $10 billion itu, berapakah agaknya sumbangan perokok Muslim dari Malaysia? Dari jumlah itu pula, berapa peratus yang dibayar sebagai hasil cukai kepada kerajaan U.S yang kemudiannya disumbangkan kepada Israel sebagai sokongan usaha “memerangi keganasan”?

Mungkin kita patut berfikir, setiap sedutan rokok itu mengandungi air mata, jeritan kesakitan, raungan kematian dan darah saudara seagama di Palestin. Mungkin kita hanya pandai mengutuk Israel sebagai satu puak yang kejam, sedangkan kita sendiri tidak mampu membantu walaupun sekadar berhenti merokok (yang telah pun difatwakan sebagai haram)? Bagaimana pula hendak berjihad dan fisabilillah, jauh sekali.